Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Islam Agama Fitrah
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi orang Islam yang tidak mengikut perintah Allah, juga akan dibebani kegelisahan dan kebuntuan, kerana nafsu yang diikuti itu tidak akan memberikan kepuasan dan ketenangan hidup. Akhirnya hidup serupa orang kafir.

  1. Manusia ingin menambah ilmu. Ingin mencari pengalaman dan ingin pandai. Maka Islam datang menggalakkan dan mengajar bagaimana manusia boleh mnegisi fitrah tersebut.

Firman Allah: "Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

Dan di dalam hadith nabi s.a.w, baginda bersabda: "Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan wanita."

  1. Manusia ingin kepada kekayaan. Islam datang dengan membawa panduan bagaimana untuk mencari kekayaan. Firman Allah : " Apabila telah ditunaikan sembahyang hendaklah kamu bertebaran di muka bumi dan hendaklah kamu mencari kurniaan Allah, dan ingatlah Allah banyak-banyak moga-moga kamu mendapat kemenangan." (Al Jumaah : 10)

Hadith Nabi s.a.w: "Berniagalah kerana sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah di dalam perniagaan."

Mencari kekayaan sebanyak mana yang dikehendaki itu dibenarkan di dalam Islam. Tetapi syaratnya hendaklah sentiasa mengingati Allah dan melaksanakan segala apa yang diperintahkannya.

  1. Manusia suka kepada makanan yang sedap seperti daging dan sebagainya. Maka di dalam Islam memakan daging itu sunat seminggu sekali. Juga manusia itu suka berkahwin. Lelaki suka kepada wanita dan wanita suka kepada lelaki. Maka Rasulallah menggalakkan manusia berkahwin demi untuk menjaga kehormatan diri dan agama disamping meramaikan zuriat.

Sabda baginda s.a.w: "Berkahwin itu sunnahku. Barangsiapa yang meninggalkan sunnahku, maka dia bukanlah daripada umatku."

Begitulah keindahan dan kesempurnaan Islam. Setiap perkara dilihat dan ditinjau sedalam-dalamnya serta diberi jalan penyelesaian. Hanya Islam satu-satunya agama yang sistem hidupnya benar dan sebaik-baiknya untuk diikuti. Dan apabila manusia telah kenal Allah dan menunaikan segala fitrahnya menurut yang Allah aturkan, nescaya manusia itu akan bahagian di dunia dan akhirat.

Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah

 

 

 

 

 
Muka 1 | 2 | 3 |
 
 
dipetik dari syukur.com