Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
SMKA Al-Irshad
Click here.
 
intro  

 sejarah  

 
pendidik  

pelajar  

<gambar  

akademik  

kokurikulum  

nukilan  

pencipta  

SMKA Al-Irshad
smka al-irshad sejarah
sejarah sekolah
 
     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad berasal dari Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan dalam tahun 1936 bertempat di Padang Menora, Tasik Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan kadzi Tuan Haji Majid bin Haji Ahmad dan adiknya Tuan Haji Shafie bin Haji Ahmad serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas kadzi besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi bin Haji Shafie PJK PKT.
 

     Pada tahun 1958 Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai (PGAS) yang diketuai oleh Ustaz Salleh Shafie mengambilalih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan Perak. Nama Sekolah PGAS telah ditukarkan lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambilalih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah agama lain di semenanjung Malaysia.
 

     Pada mulanya pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor bin Hussien sebelum datangnya guru besarnya yang pertama Ustaz Mohd Yusuf bin Haji Latif yang bertugas dari tahun 1977 – 1983. Beliau diganti oleh Ustaz Haji Murad bin Haji Abdul Samad dari tahun 1983 – 1985. Selepas itu diikuti pula dengan Ustaz Haji Abdul Salam bin Haji Mohd Zain (1986) dan Ustaz Haji Rakhibi. Sekarang ini Puan Hajjah Halimah bt Abu Bakar pula ditugaskan mentadbir sekolah ini hingga sekarang.

     
     Sekolah ini bermula di bangunan lamanya di Padang Menora dengan pengambilan penuntut sulungnya sebanyak 115 orang ke tingkatan 1 pada tahun 1977. Apabila bangunan baru di Pokok Sena siap pada Mac 1984, semua penuntut berpindah ke bangunan baru. Oleh sebab asrama tidak mencukupi maka bangunan lamanya dijadikan asrama cawangan untuk puteri sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato’ Sei Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 3 Ogos 1985 bersamaan 17 Zulkaedah 1405
 

 

Copyright © 1999 SMKA Al-Irshad