Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


KATA-KATA ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO
RUMAH PANGSA ALOR AKAR, KUANTAN
Kandungan :

HALAMAN UTAMA













MOHAMMAD NAJIB BIN ABDUL LATIF

Kata- Kata Aluan

Assalamualaikum,
Alhamdullilah, bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinannya diberi kita akal fikiran yang berguna serta kesihatan yang baik bagi kita meneruskan perjuangan menggangkat martabat agama, bangsa dan negara dari Dulu Kini Dan Selama-lamanya .insyaallah.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan dengan harapan agar tuan/puan sekalian dapat mengenali kami dengan lebih dekat lagi. Semoga dengan kunjungan tuan/puan sekalian dapat kita bertukar-tukar pendapat serta pandangan dan komen yang berguna bagi kepentingan parti dan kita bersama.

Objektif atau tujuan utama kami membina laman web ini ialah bagi menyahut seruan dan harapan pimpinan tertinggi parti serta kerajaan agar memajukan diri dalam bidang IT atau teknologi maklumat bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang IT ini. Disamping itu, bagi memastikan Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia Cyber.

Saya juga berharap agar Laman Web ini akan menjadi sumber rujukan kepada ahli-ahli cawangan mengenai program dan aktiviti yang telah atau bakal dijalankan kelak.Laman web ini akan di perkemaskan dari semasa ke semasa, oleh itu di harap agar tuan/puan sekalian selalu mengunjungi laman web ini.

Berkatalah Benar Walaupun Pahit, walaupun sebahagian dari kita merupakan Melayu Mudah Lupa, namun harus di ingat Perjuangan Kita Belum Selesai lagi. Oleh itu, marilah kita berganding bahu bersama-sama memastikan UMNO terus menjadi parti tunjang kekuatan negara Dulu Kini Dan Selamanya.Sesungguhnya Tiada Dulu Tiada Sekarang . Hidup UMNO!!!!

Sekian, Wassalam.