Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PEMBELAJARAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

BAB 1

SISTEM MAKLUMAT.PELUANG,PERANAN DAN STRATEGIK.

1- Pengenalan kepada:

· Data

· Sistem

· Maklumat

· Sistem Maklumat

· Pengurusan

· Pengurusan Sistem Maklumat

2- Komponen-Komponen Sistem Maklumat

3- Bentuk - Bentuk Sistem Maklumat

4- Jenis-Jenis Pendekatan Sistem Maklumat

5- Peranan Sistem Maklumat

6- Tahap - Tahap Pengurusan Sistem maklumat

7- Sistem Maklumat Yang Digunakan

8- Kesimpulan

9- Cabaran - Cabaran Dalam Mempelajari Pengurusan Sistem Maklumat

10- Perubahan Tanggapan Terhadap Maklumat Dan Sistem Maklumat

11- Bagaimana Sistem Maklumat Boleh Digunakan Untuk Mendapat Kelebihan Kompetatif.



1-Pengenalan kepada:| ke atas

Data

Sistem

Maklumat

Sistem Maklumat

Pengurusan

Pengurusan Sistem Maklumat

Sistem ditakrifkan sebagai satu set elemen yang dihubungkan bersama bagi memenuhi objektif yang sama.Subsistem adalah sebahagian daripada sistem yang besar.Dalam sesebuah pengurusan, organisasi adalah sistem.Konsep sistem bagi pengurusan sistem maklumat adalah mengoptimumkan output organisasi dengan menghubungkan subsistem melalui perantaraan pertukaran maklumat.

Data adalah fakta-fakta dan nombor-nombor yang tidak digunakan dalam proses membuat keputusan.Biasanya diperolehi daripada rekod-rekod sejarah yang dirakamkan dan difailkan tanpa niat untuk mengambilnya bagi membuat keputusan.

Maklumat terdiri daripada data yang diambil dan kemudiannya diproses bagi tujuan mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan /asas bagi membuat ramalan dan keputusan.

Pengurusan terdiri daripada proses/ aktiviti yang menerangkan apakah yang pengurus perlu lakukan terhadap operasi organisasi.Terdapat 4 proses dalam aktiviti pengurusan.

1.Perancangan – dilakukan dengan menetapkan strategi dan matlamat dan memilih tindakan yang terbaik.

2. Mengorganisasi – dilakukan ke atas tugas-tugas yang perlu bagi perancangan operasi.

3. Memula – tanggungjawab diagih kepada mereka yang diberikan kuasa.

4. Mengawal – prestasi kerja dikawal dengan ementapkan piawaian prestasi dan melakukan penyimpangan piawaian.

Sistem Maklumat adalah satu set komponen yang dihubungkan antara satu sama lain untuk penerimaan, pemprosesan, penyebaran dan simpanan data untuk menyokong proses kawalan dan membuat keputusan di dalam organisasi.

Pengurusan Sistem Maklumat merupakan satu sistem untuk menukar data dari sumber-sumber dalaman dan luaran kepada maklumat dan menyampaikan maklumat itu dalam bentuk yang sesuai kepada semua pengurus untuk setiap tahap pengurusan supaya mereka dapat membuat keputusan yang efektif untuk perancangan, pengarahan dan pengawalan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

2.Komponen-Komponen Sistem Maklumat.| ke atas

· Perkakasan

· Perisian

· Prosedur

· Pengguna

· Data

3. Bentuk-Bentuk Sistem Maklumat | ke atas

 

Sistem Maklumat Manual

(Melibatkan penggunaan kertas dan pen)

 

Sistem Maklumat Informal

(Perkataan/percakapan secara lisan)

 

Sistem Maklumat Formal

(Dokumen bertulis yang khusus)

 

Sistem Maklumat Berkomputer

(Perkakasan,perisian dan komunikasi)

4. Jenis-Jenis Pendekatan Sistem Maklumat | ke atas

Pengurus perlu mengseimbangkan antara keupayaan teknologi dan kesannya ke atas tingkah laku manusia dan organisasi untuk memastikan bahawa objektif organisasi dapat mencapai sasaran.Terdapat 2 jenis pendekatan:

Pendekatan Teknikal – merujuk kepada komponen-komponen yang menekankan kepada penggunaan perkakasan, perisian, telekomunikasi dan lain-lain dalam pengurusan organisasi contohnya;bagaimana cara yang terbaik untuk menyimpan dan mendapatkan data dan maklumat.

Pendekatan Tingkah-laku – menekankan mengenai masalah dan siu tingkah laku didalam pengurusan organisas.Aspek yang dilihat ialah phsycology (tingkah-laku manusia), sosiologi (masyarakat) dan sains politik (keadaan politik global)

5. Peranan Sistem Maklumat | ke atas

Terdapat 3 peranan utama sistem maklumat di dalam sesebuah organisasi.

Sebagai operasi perniagaan (komputer yg menjalankan operasi)

Membuat keputusan (membantu pengurus membuat keputusan)

Kelebihan persaingan (daripada pesaing yang tidak menggunakan sistem maklumat dan dapat menghasilkan produk yang baru)

 

6. Tahap-Tahap Pengurusan | ke atas


Pengurusan Atasan (Strategik)

  1. Bertanggungjawab terhadap arah tuju organisasi pada masa hadapan.
  2. Tugas penting pengurusan tahap ini ialah perancangan strategik iaitu menentukan matlamat,objektif dan perancangan organisasi.
  3. Untuk melaksanakan perancangan tersebut pengurus perlu mengumpul maklumat berdasarkan trend organisasi dan persekitaran luaran.
  4. Pengurus tahap ini mestilah berupaya untuk membuat keputusan dalam persekitaran yang tidak jelas pucanya.
  5. Penggunaan gerak hati amat penting digunakan pada tahap ini.Pada tahap ini juga perisian yang ramah pengguna dan Pangkalan Data dalam talian amat diperlukan oleh mereka.
  6. Sistem maklumat yang menyokong tahap ini ialah ESS – Executive Support System.

 

Pengurusan Pertengahan (Taktikal)

  1. Tahap ini melibatkan perancangan taktikal iaitu menentukan cara yang paling baik untuk menyiapkan tugas dan kawalan.
  2. Mereka perlu melaksanakan tugas dengan kaedah yang jelas.
  3. Tahap ini menerima tekanan dari pengurus atasan dan perlu mendapat kerjasama dari orang bawahan.

    Paras Pengetahuan – menyokong pekerja data di dalam organisasi untuk meintegrasikan pengathuan baru ke dalam organisasi.

    Paras Pengurusan – menyokong pengurus pertengahan mengawasi, mengawal dan membuat keputusan.

    Sistem maklumat yang digunakan untuk pengurusan pertengahan ialah DSS – Decision Support System.

 

Pengurusan Bawahan (Operasi)

  1. Bertanggungjawab secara langsung dalamperancangan dan pengawalan aktiviti-aktiviti pekerja supaya sasaran pengurus atasan dipenuhi.
  2. Pengurus tahap ini memerlukan laporan terperinci yang menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh setiap unit dan kemajuan unit untuk mencapai sasaran. Sistem maklumat yang terlibat ialah TPS – Transacational Processing System.

7. Sistem Maklumat Yang Digunakan | ke atas

 

TPS – Transactional Processing System.

  1. Merupakan sistem maklumat yang memproses data yang terhasil daripada kewujudan transaksi-transaksi perniagaan cth:jual-beli.
  2. Sistem ini melancarkan perjalanan organiasi secara mengautomasikan proses yang melibatkan sejumlah besar kertas kerja yang perlu dikendalikan setiap hari.
  3. Selain daripada itu, sistem ini digunakan untuk melaksanakan rutin-rutin organisasi seperti penyata pelanggan, bil, yuran, peringatan, bayaran, invoice dan lain-lain.

 

DSS – Decision Support System.

  1. Menyediakan alatan yang membolehkan pengguna membangunkan maklumat yang bersesuaian dengan keputusan yang bakal dibuat.Sistem ini juga mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dan pengiraan untuk membina model keputusan Pangkalan Data dan format laporan.
  2. Sistem maklumat ini juga perlu berasaskan komputer yang interaktif.

 

ESS/EIS – Executive Support System

Direkabentuk untuk memenuh keperluan pengurusan peringkat atasan.

Keupayaan ESS ialah:

  1. Berupaya mencapai data yang lengkap dan pantas.
  2. Boleh berkomunikasi dengan Pangkalan Data luaran.
  3. Mudah untuk dipelajari dan senang digunakan.

OAS – Office Automation System

  1. Merupakan kepelbagaian teknologi berasaskan komputer yang membantu pekerja bekerja dengan lebih produktif.
  2. Teknologi tersebut adalah seperti pemprosesan perkataan, penerbit atas meja, komunikasi melalui email dan video conferencing.
  3. Sebagai cth, pekerja yang lazimnya menggunakan OAS ialah setiausaha, accountant dan kerani pemfailan yang menggunakan teknologi untuk menyebar dan memanipulasi maklumat.

8. Kesimpulan: | ke atas

 

 

9. Cabaran-cabaran Dalam Mempelajari Pengurusan Sistem Maklumat.| ke atas

 

Terdapat 4 cabaran utama:

  1. Pengurusan Sistem Maklumat merangkumi pelbagai bidang pengetahuan yang luas.
  2. Teknologi dan produk yang berkaitan dengan Pengurusan Sistem Maklumat berkembang dengan cepat dan susah untuk dijangkakan.
  3. Terdapat banyak istilah yang digunakan dalam persekitaran Pengurusan Sistem Maklumat yang tidak tepat dan kontroversi.
  4. Masalah Pengurusan Sistem Maklumat tidak mudah ditakrif dan distruktur. (Org. yang mahir perlu mempunyai pengetahuan dalam sistem dan pengurusan).

10. Perubahan Tanggapan Terhadap Maklumat Dan Sistem Maklumat.| ke atas

  1. Organisasi mengganggap maklumat sebagai sumber utama berbeza dengan organisasi yang terdahulu:
  2. 1950an – maklumat dianggap sebagai perkara yang menyusahkan untuk dikumpul dan direkabentuk.
  3. 1960an – maklumat digunakan untuk sokongan umum di mana Pengurusan Sistem Maklumat mengeluarkan laporan-laporan rutin untuk menyokong pihak pengurusan.
  4. 1970an – maklumat digunakan untuk pengurusan.Pengurusan Sistem Maklumat diperluaskan dan bertujuan khusus untuk membantu pengurus membuat keputusan.
  5. 1985 ke atas – maklumat dijadikan sebagai sumber strategik di mana maklumat dianggap sebagai sumber berpotensi untuk kelebihan kompetatif, senjata strategik untuk kalahkan saingan.

Sistem strategik adalah sistem yang digunakan oleh seluruh organisasi untuk memastikan organisasi itu berjaya dalam jangka masa panjang.

 

11. Bagaimana Sistem Maklumat Boleh Digunakan Untuk Mendapat Kelebihan Kompetatif.| ke atas


 

Model Kuasa Saingan (Competative Forces Model)

Model ini digunakan untuk menerangkan interaksi pengaruh luaran terutamanya ancaman dan peluang yang memberi kesan kepada strategi dan kemampuan organisasi untuk bersaing.Terdapat 4 strategi competatif yang boleh digunakan dalam model ini:

· Perbezaan Produk

Strategi kompetatif untuk membina keyakinan kepada jenama melalui pembangunan produk atau perkhidmatan baru yang unik dan tidak mudah di tiru lawan.

 

· Perbezaan terfokus

Pembangunan pasaran baru untuk produk/perkhidmatan khas di mana syarikat boleh disaing dengan lebih baik deripada saingan yang sedia ada / baru.(Tidak tertumpu pada satu pasaran sahaja).

 

· Membina Rantaian Rapat Denagn Pelanggan & Pembekal

Merupakan perhubungan di antara organisasi yang mengeluarkan produk/perkhidmatan dengan pelanggan dan pembekal. Ini dapat mengurangkan kos peralihan pelangan dan mengurangkan kuasa penawaran pembekal.

 

· Menjadi penghasil Dengan Kos Yang Murah

Sesebuah organisasi yang mengeluarkan produk/perkhidmatan perlu mengeluarkan barangan dengan harga yang lebih rendah tanpa mengorbankan kualiti.

 

Model Rantaian Nilai (Value Changed Model)

Model ini menonjolkan aktiviti primer dan sekunder yang boleh meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan.Model ini menyokong kuasa saingan dengan mengenalpasti titik-titik kritikal di mana teknologi maklumat boleh dipertingkatkan untuk mendapat kelebihan kompetatif.

Aktiviti utama ialah yang mempunyai kaitan langsung dengan pengeluaran dan pengedaran produk atau perkhidmaan yang dapat memberi nilai kepada pelanggan.Contoh aktiviti:

· Logistik dalam seperti penerimaan dan penyimpanan bahan untuk agihan dalam pengeluaran.

· Logistik luaran seperti penyimpahan dan agihan produk.

· Pemasaran dan jualan termasuk promosi dan jualan produk syarikat.

· Perkhidmatan termasuk penyelenggaraan dan pembaikan produk/perkhidmatan.

Aktiviti sekunder merupakan aktiviti yang membolehkan perlaksanaan aktiviti utama berjalan dengan lancar.Ianya terdiri daripada:

  1. Infrastruktur organisasi iaitu pentadbiran/pengurusan perlu stabil.
  2. Sumber manusia iaitu mempunyai sumber manusia yang mencukupi dan terlatih.
  3. Teknologi iaitu mempunyai teknologi yang dapat menghasilkan priduk/perkhidmatan dengan kaedah yang berkesan.
  4. Perolehan iaitu organisasi perlu mempunyai sumber bahan mentah yang mencukupi.

BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6

 
Selamat datang ke laman web pendidikan CUSTOM. Laman web ini menawarkan kursus pembelajaran Pengurusan Sistem Maklumat. Laman web ini dibina untuk memudahkan pembelajaran subjek Pengurusan Sistem Maklumat. Laman web ini didedikasikan buat semua pelajar dan penyelidik yang ingin mempelajari ilmu IT khususnya Sistem Maklumat.Selamat Mencuba.

Webmaster - Updated 20 Sept. 2003