Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PENDAHULUAN

1.Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helayan daun, buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribuatau bahan bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik menyelang-nyelikan helayan antra satu sama lain.

2.Seni anyaman merupakan sejenis kraftangan yang rumit yang memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan mengerjakannya.

3.Menganyam memerlukan kepakaran tukang, penumpuan yang penuh dan ketelitian semasa menganyam, keahlian mereka bentuk untuk menghasilkan reka cipta yang unik, idea yang asli, dan dapat mengekalkan budaya Melayu asli.

4.Kehalusan seni yang tulin dan berlain dengan ciri-ciri anyaman lain yang didatangkan dari luar Malaysia.

5.Terdapat banyak kawasan di Malaysia yang menjalankan kegiatan seni anyaman tradisional dengan menggunakan bahan yang berlainan.

6.Perusahaan anyaman daun pandan banyk dijalankan di negeri Terangganu, Pahang, dan Kelantan.

7.Negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka terkenal dengan perusahaan anyaman mengkuangnya.

8.Kegiatan seni anyaman buluh terkanal di Sabah dan Sarawak.Di Sabah, seni anyaman buluh boleh didapati di Kampung Benoni di Papar, manakala di Sarawak seni ini boleh didapati di Semeba, Sri Aman, Betong, dan Matu.

9.Negeri-negeri di Malaysia barat yang menjalankan perusahaan anyaman buluh ialah Kedah, Perlis, dan Pahang.

10.Daerah Temerluh, Pahang banyak mengeluarkan hasilan anyaman rotan.

11.Perusahaan anyaman lidi terdapat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga di Kampung Timbang Dayung di daerah Koto Belud, Sabah.

12.Kawasan yang terkenal dengan hasilan anyaman paku-pakis ribu-ribu ialah negeri Terangganu dan kampung Tinanggol di daerah Kudat, Sabah.

13.Hasil anyaman yang dihasilkan di Malaysia kebanyakannya berubah alatan kegunaan harian seperti tikar, bakul, bekas serbaguna, topi, tudung saji, tabung duit, nyriu, dulang, pengayak, penapis, sudip, dan sebagainya.

14.Terdapat juga hasilan anyaman yang dicipta untuk memenuhi citarasa semasa seperti bingkai cermin, beg tangan, bekas pensel, perabot, terendak lampu, bakul buah, barangan hiasan dinding, terompah, barang perhiasan, pengadang, dan sebaginya.

BACK NEXT