Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJARAH SENI ANYAMAN

1.Dipercayai seni graf tangan muncul dan bergembang tanpa pengaruh luar.

2.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.

3.Hasil graf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.

4.Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.

5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya.

6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.

7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Graftangan Felda, dan sebainya.

8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pealangan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

9.Bahan-bahan asas untuk anyaman ialah:-

**Pandan atau mengkuang.
**Nipah.
**Bertam.
**Buluh.
**Paku-pakis ribu-ribu.
**Bemban.
**Daun serdang.
**Rotan.
**Rumput-rampai.
**Lidi.

BACK NEXT