Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PERALATAN KOMUNIKASI

MODEM
KAD RANGKAIAN (NIC)
HUB
ROUTER
GATEWAY
REPEATER
BRIDGE

MODEM
Modem merupakan gabungan dari perkataan Modulasi (MO) dan juga Demodulasi (DEM). Modulasi merupakan proses penukaran isyarat digital kepada isyarat analog manakala demodulasi merupakan proses penukaran isyarat analog kepada isyarat digital. Dalam kebanyakan sistem, modem disambungkan secara terus kepada terminal dan wayar telefon. Modem terbahagi kepada 2 iaitu:
Internal modem
        Terkandung di dalam papan litar samada ia dimasukkan dalam komputer atau dipasang di atas 'expansion slot'. Internal
        modem ini lebih murah jika dibandingkan dengan external modem. Keburukan internal modem adalah ia tidak mudah
        untuk dialihkan apabila telah dipasang.
External modem
        Ia merupakan peranti 'stand alone' yang dihubungkan kepada komputer dan telefon dengan menggunakan kabel. External
        modem mudah untuk dipasang dari satu komputer ke satu komputer yang lain.

modem

-ATAS-


KAD RANGKAIAN (NIC)
Kad rangkaian atau Network Interface Card (NIC) adalah merupakan kad antaramuka rangkaian yang dipasang ke atas expansion slot bagi komputer atau peranti lain seperti pencetak (printer) bagi membolehkan peranti tersebut dihubungkan ke rangkaian.

-ATAS-



HUB
Hub juga dikenali sebagai concentrator atau multistation accesss unit (MAU). Ia membenarkan peranti seperti komputer, printer dan peranti storan dihubungkan kepada server. Ia bertindak sebagai 'central connecting point' bagi kabel-kabel yang perlu disambungkan kepada server dan bagi setiap peranti dalam rangkaian.

-ATAS-


ROUTER
Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain berdasarkan protokol yang digunakan dan dsetinasi yang ditentukan. Router beroperasi pada paras rangkaian. Ianya berupaya untuk menghalakan trafik ke mana-mana bahagian di dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan di dalam rangkaian bagi mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan komunikasi berlaku.

-ATAS-


GATEWAY
Dalam rangkaian komunikasi, gateway adalah nod rangkaian yang dilengkapkan untuk antaramuka dengan rangkaian lain yang menggunakan protokol yang berlainan. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Gateway secara amnya boleh dikatakan komputer yang terletak di persilangan antara dua rangkaian dan memanduarahkan trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan.
Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25.
Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan gateway adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari tiu, gateway bertanggungjawab menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza.
 


-ATAS-


REPEATER
Dalam rangkaian telekomunikasi, repeater adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Repeater juga digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar.
Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

-ATAS-


BRIDGE
Bridge ialah kombinasi perkakasan dan perisian yang digunakan untuk penyambungan pada jenis rangkaian yang sama. Ia berfungsi untuk mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara jabatan. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja.

-ATAS-

-KEMBALI-