Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat datang ke laman web saya ;

hobi

My Favorite Web Sites

duniamu tv3
saluran ceria anda
rentak muzik terkini
berita terkini dari luar negara

Negeri Perlis adalah sebuah negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia.Di negeri ini terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik,salah satu daripadanya ialah Tasik Melati. Tasik Melati terletak lebih kurang 8km dari bandar kangar.Ia berada berhampiran kawasan Beseri.Ia mempunyai keluasan lebih kurang 500 meter persegi. Apa yang menarik di Tasik Melati ialah terdapatnya sebuah tasik yang begitu indah.Para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti berkayak,mendayung sampan dan lain-lain lagi.Denai-denai juga disediakan untuk pejalan-pejalan kaki yang ingin menghirup udara segar di kawasan Tasik Melati.Terdapat juga beberapa buah gerai makanan untuk para pengunjung menjamu selera setelah letih melakukan pelbagai aktiviti atau beriadah.Terdapat juga jambatan yang dibina merentasi tasik itu. Menurut cerita masyarakat setempat nama Tasik Melati diambil bersempena dengan namaseorang gadis yang bernama Melati.Melati adalah seorang gadis yang tinggal berhampiran dengan tasik tersebut.Dahulunya Tasik Melati adalah sebuah paya yang kecil.Ia diterokai oleh manusia untuk dijadikan kawasan untuk beriadah.Oleh yang demikian,Tasik Melati menjadi semakin indah dan menerima kunjungan dari orang ramai.

Email: azira_85@yahoo.com