Arak atau Ibu Maksiat
MINUMAN ARAK TAPI DINAMAKAN BUKAN ARAK (KHAMAR)
Dari
Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. Bersabda;
“Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar(arak) dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan
dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.. Allah swt. Akan menenggelamkan mereka
ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. Akan merobah mereka menjadi kera
atau babi”.
Ibnu
Majah,
Berdasarkan
hadis di atas, akan ada kalangan ummat Islam ini yang meminum khamar (arak),
tetapi mereka akan meniklankan bahawa yang diminum itu bukanlah (arak)
khamar. Mereka mengatakan bahawa apa yang diminum
itu hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat
menghilangkan dahaga.
Minuman
tersebut akan dinamakan dengan
pelbagai nama yang indah-indah. Perkataan Arak, Tuak, Khamar dan sebagainya.
Pelbagai nama akan dicipta atau dilabelkan. Kalau dilihat pada botolnya ,
pelbagai bentuk dan hiasan berwarna-warni. Ini bertujuan menarik perhatian orang
ramai dan sekali gus mengelirukan umat Islam, agar membeli minuman tersebut.
Adalah
menjadi kelaziman kepada sipemabuk, kalau dilihat dalam cerita-cerita filem,
dalam majlis yang dihidangkan minuman jijik itu biasanya
disertai dengan alunan muzik dan pelbagai hiburan seperti nyanyian
daripada artis-artis terkenal. Ini bertujuan menarik lebih ramai lagi umat Islam
melibatkan diri dalam angkara maksiat itu. Inilah salah satu cara orang-orang
Yahudi hendak menewaskan Islam. Apabila sudah ramai kalangan orang Islam sudah
tidak dapat membezakan mana satu halal dengan mana satu haram, apabila makin
ramai yang terlibat dalam kerja maksiat itu, sudah pasti iman mereka kian
berkurangan, lama kelamaan akan lenyaplah iman di hati mereka. Mereka inilah
yang akan menjadi petualang kepada Perjuangan Islam.
Golongan inilah yang akan bertindak menentang Islam secara lebih zalim
lagi. Kalau Yahudi masih belum berani membunuh mukmin lain. Tapi mereka bersedia
membunuh tanpa memikirkan kemanusian dan keagamaan.
Seterusnya
baginda Rasulullah saw. Telah memperingatkan mereka akibat dari perbuatan mereka
itu. Allah akan menurunkan bala seperti yang telah diturunkan kepada kaum-kaum
yang terdahulu. Mereka ditimpa dengan gempa bumi
atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi
atau boleh dikatakan juga wajah mereka menyerupai wajah kera atau babi.
Buat
masa kini, kebenaran hadis di atas sudah jelas dapat dilihat, Gempa bumi yang
dahsyat sudah berlaku di beberapa tempat di
dunia ini. Baru-baru ini sama-sama kita dapat melihat Gampa Bumi di Turki dan
diikuti dengan beberapa negara yang lain. Ini sebagai satu seksaan atau sebagai
satu peringatan daripada Allah swt.
Sekiranya
masih lagi belum diinsafi pasti Allah akan menjadikan mereka ini kera atau babi.
Tetapi apa yang dapat kita perhatikan sekarang, kebanyakkan golongan pemabuk ini
dilihat berperangai atau cara hidup mereka sudah berubah menjadi
cara hidup kera atau cara hidup seperti babi yang digelumang dengan
najis-najis kemaksiatan, kemungkaran dan kekufuran.
Pakteh
Derga