Bahtera Nabi Nuh A.S.
Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di
Timur Turkey........ tersembunyi sebuah misteri berharga yang
berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang maha berharga itu
bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik
US (CIA) dan Rusia (KGB) turut sama cuba menyelongkar misteri tersebut.......
Sedangkan orang-orang
Islam duduk berpeluk tubuh, langsung tidak ambil peduli tentang The Great
Noah Ark, pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat
'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung
itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi rahsia besar dan
disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan rahsia-rahsia penting yang
lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl
yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama didalam peta iaitu Mount
Ararat.... Namun, hanya beberapa kerat saja yang berjaya.
Selebihnya telah menjadi korban.
Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang
berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan
sendiri kesan artifak peninggalan purba yang maha berharga
itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih
menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar
tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana.
Ada diantara mereka telah
dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut.
Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu tetapi
mati dengan cara yang misteri. Soalnya sekarang, mengapakah kuasa-kuasa besar
mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di
tempat-tempat rahsia tentera..?? Mengapa..?? Mengapa mereka tidah mahu
mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Mt
.Ararat itu..?? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu
sebenarnya adalah The Great Noah Ark...??
Maklumat kita sebenarnya dikawal oleh media milik Yahudi.
Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam
pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama
itu orang menafikannya. Begitu juga terjadi pada The Great Noah Ark. Ia
tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun...dan selama 5000
tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar...!!!
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidak begitu primitif seperti yang kita
bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka telah maju ke
depan.
Di kaki Mount
Ararat itu, Para pengkaji dan Saintis Russia telah
menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang
digunakan untuk menyadurkan logam. kalau hendak diikutkan
tahap teknologi orang-orang zaman dulu, begitu banyak, Contohnya orang-orang
Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg
menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka. Mereka
menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawa dingin
semula jadi.
Baru-baru ini di China, mumia perempuan yang telah
ditanam 2,100 dijumpai dengan badannya tanpa terjejas walaupun sedikit. Apabila di
X-ray, saintis terperanjat dan ada yang menggaru kepala. Mana
tidaknya, makanan terakhir di dalam ususnya masih lagi tidak
musnah. Teknologi terkini pun masih belum mampu untuk mengawet barang
sampai begitu.
Orang-orang Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu
365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari. Baiklah, mengikut
kiraan ahli astronomi secara
berkomputer.
Noah A.S mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan
hujan mula turun pada tahun 2345 B.C . Rupa bentuk The Great Noah
Ark itu sebenarnya langsung tidak sama dengan bentuk kapal laut hari ini.
Bentuk "Noah Ark"
sebenarnya adalah seperti kotak kasut.
Mengikut para
pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat, Noah
Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark"
diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di
dunia. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut'. Tidak cantik,
tetapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X
30 cubit. Untuk pengetahuan, cubit itu adalah satu kiraan jarak
panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.
Kalau diambil 18 inci bagi 1 cubit, bermakna panjang
"Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki, 75 kaki lebar, 45 kaki
tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark"
berukuran satu dan satu bersamaan 20 setengah padang bola. Bumbung bahtera itu
pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya
cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan
sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan
dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ini terdapat lebih kurang
1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian
Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis
itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The
Great Noah Ark. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih
kurang 24,300 tan. Dan saintis tidak tahu berapa tan berat binatang
yang berada dalam bahtera. Tetapi, ini semua kiraan anggaran sahaja.
Kalau The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah
ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar...??? Mengikut
seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah
tempat bernama Shuruppak, Iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan
Iraq.
Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara
Turkey. Ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520
batu. Sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah
dijumpai. Sebuah sauh purba yang besar telah ditemui di
Khairouan, Tunissia.
Menurut pengkaji, sauh itu yang digunakan oleh
'Noah Ark' semasa hendak berlabuh pada puncak Mt.Ararat. Sebuah batu
nisan yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di
Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang...!!
Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar
sejumlah 150 orang pakar dalam pelbagai bidang yg terdiri dari
jurutera, saintis, tentera dan lain-lain dalam mencari dan menyelidik The Great
Noah Ark.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan
untuk sampai ke puncak Mt.Ararat. Segala penat lelah mereka
berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark'. Dalam
keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang boleh.
Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan
didapati Noah Ark adalah berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki
lebar dan 50 kaki tinggi.
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada
Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke
tangan baginda... Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus.
Laporan itu akhirnya
jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi
belum diketahui sama ada segala laporan siasatan itu masih disimpan
atau dimusnahkan.
Berikut adalah catatan seorang Pendaki dan
Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. Banyak sungguh halangan untuk
mencari The Great Noah Ark. Saya sudah mendaki banyak gunung lain di dunia
dan saya cuba mendaki Ararat sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya
cuma hendak beritahu, Mt.Ararat memang sebuah gunung yg meragut
nyawa.
Kalau dari sebelah selatan, Mt.Ararat ini adalah seperti kon
air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang
dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding-dinding batu yg curam. Bahagian yang
curam itu sememangnya sukar untuk didaki.
Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa
kali semenjak peristiwa banjir besar Noah dulu. Puncaknya
ditutupi dengan air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan
ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia
juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya
batu runtuh. Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memang
sukar.
Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing
serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang
mengganggu. Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan
airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin
bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi
beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan
dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam.
Pada suatu malam
saya pernah alami, suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius
dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah
membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung
berapi, gas yg keluar dari gunung itu ialah gas beracun yg boleh
mendatangkan masalah uutuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di
puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.
Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan
banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali, oleh
perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai
tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yg terkorban tapi kami
menghadapi banyak masalah dan cedera parah. Ramai org telah
terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark.
Pengalaman
yg paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000
kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai
ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari
The GreatNoah Ark. Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah
sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada
gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah
utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg
luas dimuka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.
Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan
ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak
gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik
dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara
iaitu "Russia, Iran, Turkey".
Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya
strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada
suatu masa dahulu. Keluasan dasar
[bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat
kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal
kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah
akan jatuh ke dalam jurang Ahora.
Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini
telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla, California. Membuat
pengakuan US. President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis
Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran.
Ronald Bennet
telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar'
ditimbus airbatu. Ketika Air Force One yang membawa President Jimmy
Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari
Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan
kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977.] "Saya adalah jurufoto dan
wartawan yang meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut
President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang
aktiviti US.President.
Semasa peristiwa itu berlaku,kami dalam perjalanan dari Poland ke
Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang
ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum
USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang
ke tingkap.. kami nampak dengan jelas..."sebuah kotak panjang
seperti bahtera yg besar.. ..sebahagiannya ditutupi dengan airbatu."
Gambar The Noah Ark Yang Hilang
Seorg jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagian Utara
Mt.Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak
besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air
batu.
Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan
helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa
banyak gambar. Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala
gamba-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakan di Timur tengah
dan Amerika.
Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk
menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia
tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka
lombong minyak disitu. Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati
dibunuh dengan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.
Kawan
baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari
tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah orang
10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar Noah Ark telah
hilang..!!.ramai rakan-rkan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka
telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10
inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.
Pengakuan Paderi
Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari
Logansport, Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media, ada
seorang rakannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama
Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat.
Mengikut
sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar
dari "Noah Ark" dan tidak berhijrah ke mana-mana. Dan keturunan
Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu. Beberapa ratus
tahun selepas banjir besar, anak cucu keturunannya telah mendaki ke
Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu.
Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana
laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. Mungkin kerana
perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya. Semasa Hj.Yearam masih
kecil, ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya.
Mereka
ini adalah orang yg tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama.
Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk
membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa
dongeng semata-mata..
|:: Next ::|
|:: Previous ::|
|:: Special Gallery May 2003 ::|
|
|
|
|