Tanda - Tanda Kiamat
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja
perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah
matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah
orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang
mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang
fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan
cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,
maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan
dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan
Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak
terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya
tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan
begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih
banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di
suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama
hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka
mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma
Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan
tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti
harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada
agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat
dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid,
pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana
ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan
Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
|
|
|
|