Penemuan Yang Menakjubkan
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak
boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung
di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air,
beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil
dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai! rupa bentuk
susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu
jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu
Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama,
sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa
seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang
menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua
yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pen! syarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata
air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah
sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.
Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi
rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu
kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah
dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina
(dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Ku! rsi maka nampaklah
rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau... . Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh
Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air
berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah... .. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna
dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Tambahan
Bukan setakat air sahaja yang memahami serta ingin menghayati ayat ayat suci Al Quran, malah segala makhluk
yang tidak berakal memerlukan demikian juga. Sedarilah kalau di suatu taman yang penduduknya hampir
kesemuanya berugama Islam; air, tumbuhan tumbuhan, batu, binatang binatang dan lain lainnya ternanti
nanti dari umat Islam un! tuk mengalunkan Al Quran, sambil makhluk makhluk tersebut bersama sama
berzikir menyebut nama Allah swt serta memohon ampun bagi orang yang
membacanya.
Diakhir akhir zaman ini, yang menyedihkan kerana jarang sekali Al Quran dibaca, kalau ada pun ketika Imam
membacanya ketika solat.Cuba fikirkan betapa hampa serta sedihnya makhluk makhluk ini kerana tidak dapat
mengdengar Al Quran dari mereka yang mengaku orang Islam; dan kita tidak merasa malukah pada makhluk makhluk
tersebut, sedangkan Allah swt telah menjadikan kita dalam bentuk yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan batu,
kayu dan sebagainya.
Wassalam.
|
|
|
|