34 Isyarat Dia Seorang Gentleman
1. Apabila seorang gentleman menerima layanan teruk/tidak memuaskan di dalam sebuah restoran,
dia tidak akan memarahi pelayan-pelayan restoran dengan suara yang tinggi. Sebaliknya dia terus membuat
aduan kepada pihak pengurusan. Tetapi jika dia fikir dirinya berhak menerima layanan lebih baik dan berhemah,
dia tidak akan datang ke restoran itu lagi.
2. Apabila seorang gentleman terlihat kawan/seseorang yang dikenalinya di meja makan berdekatan di
dalam sebuah restoran, dia tidak teragak-agak untuk bangun dan pergi menyapa mereka. Tetapi dia berhenti
cuma seketika-bertanya khabar, berbual ringkas dan kembali semula kepada pasangannya secepat mungkin.
3. Bila makan dam mulutnya sedang penuh, seorang gentleman tidak akan bercakap sehingga ada butir-butir
nasi terpelanting keluar dari mulutnya.
4. Apabila selesai makan, dia akan meletakkan sudu dan garfunya dalam posisi bersilang pada permukaan pinggan.
Dia tidak akan membiarkan saki-baki makanan berterabur pada pinggan seperti baru diratah kucing.
5. Jika sedang dalam proses diet, seorang gentleman tidak akan bercakap mengenainya ketika orang lain sedang makan.
6. Jika tidak membuat sebarang tempahan awal di sesebuah restoran, seorang gentleman tidak akan marah-marah
atau merungut di meja penyambut tetamu.
7. Lelaki bersifat gentleman tidak suka menjadikan dirinya sebagai tumpuan perhatian. Objektifnya hanya
menempuhi hidup tanpa masalah, bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi untuk keluarga, sahabat dan seluruh dunia.
8. Dia tidak menyimpan sepatu busuk dibawah tempat duduk kereta.
9. Dia tidak akan memakai seluar dalam yang sudah berlubang-lubang, kerana bukan itu caranya untuk dia
memperolehi pengudaraan yang cukup.
10. Apabila marah, dia tidak menghamun atau memaki dengan perkataan2 kotor, kesat atau lucah. Dia juga
tidak menunjukkan perlakuan memberontak seperti menumbuk meja atau menendang kerusi. Apabila marah, dia
bercakap sedikit sahaja dan keluar mengambil udara segar di luar bangunan.
11. Seorang gentleman sedia memayungkan teman wanitanya yang kehujanan.
12. Apabila seorang gentleman mahu menyusup masuk kebarisan tempat duduk panggung wayang yang sudah penuh,
dia akan berjalan menuju ketempat duduknya sambil memandang penonton. Dia tidak menunjukkan punggungnya
kepada mereka yang sedang duduk.
13. Bila seorang gentleman memakai double-breasted suit, dia tidak akan membiarkan kancing butangnya terbuka.
14. Dia menggosok giginya sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
15. Bila bercelana panjang, dia tidak terlalu labuh sehingga boleh dipijak kasut sendiri sehingga jatuh
tersungkur. Dia juga tidak terlalu singkat sehingga orang boleh melihat stokinnya sewaktu dia berdiri.
16. Dia tahu caranya membuat orang lain berasa selesa dengannya.
17. Apabila dia menghadapi demam selsema yang teruk, dia tidak akan menghadiri majlis-majlis sosial,
ataupun merebakkan virus itu kepada teman-teman sepejabat.
18. Jika baru habis bermain tenis@squasy, dia akan senantiasa membawa sehelai baju-T lain didalam begnya
supaya dia boleh menukar pakaian dan menemui teman wanitanya dalam keadaan melekit atau berbau masam.
19. Dia menyimpan sebatang payung didalam keretanya.
20. Matanya tidak liar menjeling-jeling atau terbeliak-beliak melihat gadis lain sewaktu keluar dengan teman wanitanya.
21. Dia tidak terkentut dengan kuat sewaktu majlis besar.
22. Walaupun dia seorang diri dihadapan peti sejuk dan tidak ada sesiapa pun yang melihat, dia tidak akan
sekali-kali meminum susu daripada balang/kotak besar. Dia akan menggunakan gelas.
23. Dia tidak akan memegang@melaras-laras bahagian alat sulitnya di khalayak ramai.
24. Apabila mendapati banyak baju tidak boleh dipakai lagi, dia akan mendermanya kepada pusat-pusat kebajikan.
Dia tidak akan menunggu sehingga berat badannya susut. Dan jika berat badannya sudah turun sekalipun, dia tidak
akan memakai baju yang out-of-date.
25. Apabila dia mahu meminta diri daripada bilik meyuarat kerana sakit perut dan ingin ketandas, dia akan keluar
dengan senyap dan sopan. Dia tidak akan memberitahu semua orang betapa perutnya sedang memulas dan tidak akan keluar
daripada bilik mesyuarat.
26.Dia tidak mengorek hidungnya di dalam kereta sewaktu lampu isyarat warna merah.
27. Dia tidak keberatan menawarkan pertolongan apabila melihat seorang wanita mengangkat barang berat walaupun
saling tidak mengenali.
28. Sumber bahan bacaan amat penting di dlam hidupnya. Dia membaca surat khabar utama setiap hari,
sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.
29. Dia memiliki sekurang-kurangnya sepasang kasut bewarna hitam.
30. Dia tahu bagaimana caranya menjahit butang baju atau seluar yang tertanggal. Sebatang jarum
dan segulung benang sentiasa ada di dalam rumahnya.
31. Bila dia menukar nombor telefon atau alamat rumah, dia akan segera memaklumkannya kepada pejabat,
teman-teman dan juga pihak bank.
32. Dia selalu membantu menukar tangki penyejuk minuman di pejabat.
33. Dia tidak akan membiarkan orang lain melihat dia memaki stokin putih dengan kasut hitam dan seluar
singkat seperti Micheal Jackson.
34. Apabila menonton perlawanan bola sepak di televisyen pada lewat malam, dia tidak akan membuat bising
sehingga jiran-jiran terjaga.
|
|
|
|