Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Maklumat Asas UiTM Kampus Segamat


Logo Lama ITM

Dalam kenangan......

Logo Baru UiTM

Merentas alaf baru.......



Bagaimana hendak ke UiTM Kampus Segamat......


(Peta adalah hasil lakaran Zin Ibrahim)

Dari Kuala Lumpur

Cara terbaik ialah melalui lebuhraya Utara - Selatan. Keluar di Persimpangan Tangkak dan sentiasa menuju ke arah Segamat. Anda akan melalui Bandar Tangkak, Sagil, Paya Jakas, Jementah sehinggalah bertemu papan tanda UiTM. Jarak perjalanan antara Tangkak dan UiTM (masih menggunakan logo lama) adalah 45KM. Berhati-hati dengan jalan yang berliku.

Dari Johor Bharu

Laluilah lebuhraya Utara Selatan. Keluar di persimpangan Yong Peng dan menuju ke Bandar Segamat. Anda akan melalui Labis, Chaah dan Bandar Segamat. Ikut arah jalan yang menunjukkan Jalan Muar sehingga bertemu papan tanda UiTM (masih menggunakan logo lama). Jarak perjalanan daripada Bandar Segamat ke UiTM adalah 18 KM.

Dari Kuantan

Jalan terbaik dengan menggunakan lebuhraya Tun Abdul Razak (Kuantan - Segamat). Keluar di persimpangan Segamat-Gemas dan menuju ke Bandar Segamat. Ikut arah jalan yang menunjukkan Jalan Muar sehingga bertemu papan tanda UiTM (masih menggunakan logo lama). Jarak perjalanan daripada Bandar Segamat ke UiTM adalah 18 KM.

Berkunjunglah ke Air Terjun Gunung Ledang - 20 KM daripada UiTM Segamat (Menuju ke Muar)
Gambar Hiasan

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat