Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SEJARAH SEKOLAH

antara ingatan dan sejarah...setitis keringat yang tumpah di seri budiman..menjadi baja yang menyuburkan minda beratus insan yang dahagakan ilmu.........

Pertambahan bilangan penduduk di Perkampungan Kuala Ibai,Batu Buruk dan Kampung Mengabang Tengah begitu pesat sekali.Sehinggakan dua buah sekolah;Sekolah Kebangsaan Seri Budiman dan sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai yang berada di perkampungan ini tidak dapat lagi menampung jumlah murid yang begitu ramai. Lantaran inilah maka Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II dibina dan di buka pada tanggal 16 Mac 1995. Keluasan tanah seluas <>9 ekar.

Jumlah bilangan murid pada ketika itu ialah seramai 408 orang dengan tenaga pengajar seramai 17 orang dan 2 orang kakitangan.Bilangan kelas ketika itu ialah sebanyak 11 buah kelas iaitu dari tahun 1-5.Keramaian murid terus bertambah dari setahun ke setahun.Pada tahun 1996 jumlah murid adalah seramai 527 orang dengan tenaga pengajar seramai 25 orang dan pada tahun 1997 bilangan murid terus bertambah menjadi 676 orang dengan bilangan kelas sebanyak 18 buah kelas.

Pada tahun 1996,seramai 106 orang murid Tahun 6 telah menduduki peperiksaan UPSR buat pertama kalinya di sekolah ini. Keputusannya,2 orang murid telah mendapat 4A dengan peratus kelulusan 27.36%.Dengan peratusan lulus yang begitu rendah SKSBII telah disenaraikan dalam katogeri Sekolah Prestasi Rendah(SPR).Pelbagai usaha telah dilakukan untuk keluar dari kepompong SPR ini dan pada tahun berikutnya 1997,dengan berkat kegigihan guru dan semangat belajar murid yang tinggi maka SKSBII telah keluar dari kepompong SPR,2 orang mendapat 5A dengan peratus kelulusan sebanyak 37.44%.

Pada tahun 1998 pelbagai program telah dijanakan seperti Kem Kecemerlangan UPSR,Kelas Malam,Kelas Petang,Kelas Wawasan,Perkhemahan Pemimpin,Program Didik cemerlang(sholat hajat 8 malam) dan beberpa inisentif guru telah dilaksanakan.Pada tahun 1998 juga menjadi sejarah apabila penubuhan Kelab Penulis Tunas Seri budiman 11..menjadi ruang untuk murid mengasah bakat penulisan mereka.

Di bidang kokurikulum,SKSBII tidak jauh ketinggalan dengan sekolah-sekolah lain walaupun usianya baru setahun jagung. Prestasi cemerlang pasukan bolajaring yang muncul sebagai naib johan dalam pertandingan Piala Bakat Daerah Kuala Terengganu telah membuka mata pasukan sekolah lain.

Pada tahun 1996,pasukan hoki lelaki telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan Mini hoki anjuran persatuan Hoki wanita Negeri Terengganu dan beberapa atlit SKSBII telah terpilih untuk mewakili Daerah ke kejohanan olahraga di peringkat negeri.

 

Pada tahun 1997,pasukan hoki lelaki terus cemerlang dengan mendapat tempat ke-3 dalam pertandinagn Mini Hoki anjuran Majlis sukan sekolah-seklah Daerah Kuala Terengganu Selatan.Dan buat pertama kalinya seorang murid;adik Izyan binti Jaafar telah dipilih mewakili

Pasukan hoki perempuan bawah 12 negeri ke Pesta Hoki MSSM dan membantu Terengganu menjadi johan.

Selain itu bakat Izyan terus digilap oleh para guru SKSBII dan berjaya dalam bidang olahraga.Pada tahun 1998 memenangi tempat kedua acara 100 lari berbagar di peringkat daerah dan juara lontar peluru di peringkat daerah dan negeri.Beliau kemudiannya dipilih mewakili negeri ke kejohanan Olahraga MSSM.

Beliau juga dipilih ke sukan Komanwell sebagai penonton dan ditaja oleh syarikat swasta dan Majlis Sukan Negeri.