Beberapa Kebudayaan dn Kesenian negeri Terengganua
Gamelan
Gamelan Terengganu berasal dari Riau,walaupun pengetahuan mengenainya diperolehi melalui Pahang.Hal ini bermula pada tahun 1885 apabila sultan Zainal abidin III terengganu berangkat ke Pahang untuk berkahwin dengan Tengku Long,puteri Sultan Ahmad,Pahang.Baginda telah terpesona dengan persembahan gamelan yang dimainkan di istana sultan Pahang sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan.
Pada tahun -tahun berikutnya,baginda meminjam minat dari Lingga satu set alat gamelan bersama pemain kecuali penari.Baginda tidak meminjam dari Pahang kerana hubungan mejadi renggang akibat terputus jodoh dengan t.Long..sebaliknya hubungan dengan Lingga bertambah baik apabila mengahwini Tengku puteri anak tengku saiyid Riau pada tahun 1892. Pada tahun 1893 apabila baginda mengahwini puterinya Tengku Jebah dengan putera saudara Tengku cik Besar.Istiadat dan perayaan peerkahwinan itu berlangsung selama 40 hari 40 malam.
Perkembangan Gamelan Terengganu mencapai puncak kegemilangan hingga melahirkan tradisi yang tersendiri dalam masa pemerintahan sultan sulaiman Badrul alam syah(putera Sultan Zainal Abidin III,memerintah 1920-1942 bersama pemaisuri Tengku Ampuan Mariam(puteri sultan ahmad Pahang) yang dikahwini pada tahun 1913.Hubungan dua negeri ini kembali pulih.
Pada tahun 1914 apabila Sultan Ahmad mangkat,isterinya cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya di istana Terengganu.1915 set gamelan di bawah jagaannya dipinjamkan ke Istana Maziah Terengganu.Tengku Sulaiamn dan Tengku Mariam telah melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan enari gamelan.Antara Guru yang melatih adalah seperti Yang Khoja,Cik Meriam.encik Wan Muhammad,Encik Wan Ahmad dan Encik Ahin,bekas pemain muzik Pahand. Selepas itu gamelan berkembang dengan pesat hingga tahun 1936.
SENI TENUNAN MELAYU.
Seni tenunan Melayu tidak dapat dipisahkan dalam proses tenunan.Menenun atau rajut bermula apabila ditemui kemudahan bahan seperti benag daripada tumbuh-tumbuhan termasuklah kapas,linen,sutera dan bulu binatang.
Di Terengganu pusat tenunan bertempat di sekitar Kuala Terengganu.Terutama di Mukim Losong,iaitu Kampung Panglima Perang,Kampung Losong Datuk Amar,Kampung Losong Sekolah dan Kampung Losong Masjid.
Terdapat juga di Mukim Cabang tiga iaitu di Kampung Hilir,Kampung Tok Nasek dan Kampung Pasir Panjang.Perusahaan tenunan juga terdapat di kawasan berhampiran pantai misalnya Kampung Banggol,Kuala Ibai dan Chendering serta beberap kampung berhampiran jalan menuju ke Kota Bharu(Kampung Pulau rusa dan Kampung Paloh)
Penglibatan tokoh istana tutut menyumbang tradisi tenunan songket.
Contohnya sultan sulaiman Terengganu(1920-1942) telah mencipta sendiri motif dan ragam hias untuk songket baginda.Penenun istana ketika itu ialah Wan Minah Pelangi."Pelangi"adalah geleran yang diberi kepada beliau sebagai tokoh pertama membuat batik pelangi Terengganu.
Terdapat juga istilah "sutera perai"yang dijadikan kain atau baju perai,seperti dalam pantun:
"Kain perai baju perai
Pakaian anak raja Yamtuan
Hancur badan tulang bercerai
Baru Lupa budimu tuan.
Sutera songket panjang sembilan
Panjang sutera hingga kepalanya
Tuan laksana permata intan
Saya menumpang cahayanya.