![]()
MASUKI KE DALAM RUMAH KEBAIKAN DAN HIASILAH IA DENGAN IMAN DAN TAQWA
Kelab Penulis Tunas ini ditubuhkan untuk mewujudkan pelbagai budaya ilmu di dalamnya.Budaya berfikir secara kreatif,tajam,peka terhadap alam sekeliling dan kerajinan membaca,menganalisa,mengkaji serta meninjau dapat ditanam dalam jiwa pelajar.
Di sini para pelajar dapat mengisi beraneka kemahiran yang berfaedah.Para pelajar juga dapat menambah keyakiann diri dan lebih bertanggung- jawab dalam kehidupan bermasyarakat. Ini akan membuka ruang dan memberi pandangan tentang permasalahan dan realiti kehidupan sebenar. Semangat patrotik dan kekukuhan nilai murni dapat ditanam kukuh dalam jatidiri mereka.
Akhirnya harapan yang terkandung ialah semoga golongan tunas ini akan terus subur dan membesar menjadi pelapis yang berwibawa dan bersemangat kental dalam menempoh zaman yang semakin berombak.