Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Seorang penulis harus memahami konsep penulisan dalam Islam.

 

"Para Sasterawan,

pengikut mereka bandit petualang

berdiwana dari lembah ke lembah

bicara tanpa kerja

kecuali sasterawan beriman

yang beramal bakti

sentiasa ingatkan Ilahi

mereka mendapat kemenangan

setelah hidup dalam ancaman."

Maksud surah asy-suara:224-227

Ayat ini memisahkan dua golongan sasterawan iaitu antara Sasterwan Jahiliah dan Sasterawan Muslim

Maksud Sasterawan Jahiliah ialah:

Maksud Sasterawan muslim ialah:

KEINDAHAN KESENIAN DALAM ISLAM

Dalam pandangan Islam,seni merupakan keindahan yang dicurahkan oleh tenaga manusia kepada sesuatu bentuk ciptaan.Barang itu menjadi indah kerana ia dicintai.

Keindahan(jamal) dihuraikan oleh al-Ghazali,"..Allah itu indah dan sukakan keindahan(hadith Muslim dalam kitabul aman)

Al-Ghazali juga menyatakan keindahan tiap-tiap benda itu terletak pada kesempurnaan sifatnya.

"Kerana Allah itu Indah dan dia mengasihi keindahan-seniman Islam mencipta karya seni membawakannya atau menikmatinya.Maka seni itu adalah kerena Allah(Sidi Ghazalba 1977:54)

Allah adalah musyawwir iaitu pencipta,pereka mutlak.manusia sebagai seniman hanya penggubah,yang telah diberi oleh allah sebagai pencipta sebenar.

Kegiatan aristik adalah kegiatan mencipta keindahan.seni dihubungkan dengan cinta.Iaitu kecantikan kepada Allah.

Ibn Arabi mengatakan"kerana Allah itu Indah.sikap kecintaan kepada Allah menuntut seniman menjadi manusia yang sederhana,menyedari kudrat yang dianugerah kepadanya hingga ia mencipta kerana jalan Allah.Yang memperlihatkan mental tergabung dalam imaginasi(takhayyul),perenungan(tafakur),peringatan(tazakkur),atau hafalan(hafizha) dan akal sihat(hissimusytarik)

Kesimpulannya: pengertian seni atau hasil karya dari sudut pandangan Islam,ialah yang membawa manfaat bukan kesenangan semata-mata tetapi juga yang bermoral,berkarya dengan akhlak mulia,bukan seni untuk seni semata.

Maka berkaryalah kita demi agama,bangsa,negara dan demi kebaikan bersama…

Wallahualam………yang baik itu datang dari Allah yang tidak sempurna itu datang dari saya sendiri….