Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

UNTAIN KATA-KATA HIKMAT

 

 

titisan tinta Sasterawan Negara:

Arena Wati:

"Orang ada kalanya lupa bahawa bungkamnya sasterawan,tidak bererti matinya karya sastera.Orang lupa,bahawa apabila sasterawan berdiam mulut,dan hanya berbicara dalam dirinya,bahawa dia sedang mematang buah daripada hatinya….."

Muhammad Haji Salleh:

"Sekiranya kita tidak belajar daripada sejarah,kita diingatkan bahawa bangsa kita akan dihukum untuk mengulanginya.Bekalan sejarah bijak dapat kita bawakan melalui masa depan yang masih belum terpakai,yang masih boleh kita rebutkan untuk Malaysia,untuk sastera kita".

Noordin Hassan:

"jika penulisan kita membawa natijah yang negatif kepada pembaca,baik dengan cara langsung,dengan cara kasar atau halus maka penulisan kita itu tidaklah boleh dianggap sebagai ibadat lagi".

Abdullah Hussain;

"Orang Barat mengenali tamadun dan budaya Malaysia bukan kerana kelapa sawitnya,getahnya atau pada masa dahulu bijih timahnya,tetapi kerana Sejarah Melayu,kerana Hikayat Hang Tuah."

……………………………………………………………………………………..

Belajar biar sampai boleh mengajar…….sdr.Rufaifa Abdullah

Yang tersasul itu yang harus ditonjolkan dalam karya…prof.Dato Dr.Hashim Awang

Untuk menulis sajak yang baik harus baca sajak yang bermutu…sdr.Hamzah hamdani

Idea adalah darah daging karya…SN.Abdullah Husin.

Puisi umpama getaran daun-daun luruh di tiup angin..dipanah mentari..dikilas embun……….Siti Hawa Zainal

Menulis dan terus menulis…..Hasliza Hashim..

Berkarya sebagai sumbangan saham akhirat…sdr.nassury Ibrahim…

Seni lukis umpama darah yang mengalir dalam diri insan ini….Norhaizan Mat zin….

Karya yang baik harus hamil dengan kebenaran dan kejujuran..sdr.amir akram a.m.

(sebahagian petikan kata-kata daripada peserta PERKAMPUNGAN PENULIS GAPENA ZON TIMUR 1997)

(2)

petikan kata-kata saudara amir akram a.m.

menulis biar demi tanggung-jawab

di saat idea menjadi beku..cairkanlah ia dengan perbincangan dengan rakan-rakan

menulis dari tidak tahu hingga menjadi sarat pengetahuan..

jangan malas belajar….bersihkan kemalasan biar menjadi kerajinan


carilah ilmu dengan orang yang lebih pandai..dan jangan sesekali menderhaka kepada mereka yang memberi kita ilmu

bila idea datang..jangan simpan dalam fikiran…catatlah ia segera

 

jangan malu dan takut untuk bertanya….berebutlah untuk bertanya..kerana kita akan menjadi lebih pandai daripada orang lain

 

bila rasa bosan untuk berkarya..rasalah malu..sebab ramai rakan sudah kehadapan…

 

berkawan dengan seorang rakan yang boleh bertukar idea..lebih baik daripada berbual kosong dengan sepuluh orang rakan.

----------------------------------------------------------------------------------

kutipan kata-kata sempena Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio(5-6 November di Wisma Seri Amar..Terengganu anjuran Pelita)

waktu saya menulis saya berlakon…Haji Sharif Putera

drama radio menggunakan kekuatan deria telinga…Hj.Ahmad Mahmud

daripada sinopsis kita bertolak ke cerita..Awang Abdullah

…kita perlukan idea yang baik untuk hasilkan karya yg baik…Omara

…kejujuran dalam cerita penting dalam menyampaikan mesej….amir akram….