Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Beramah mesra dengan cerpen

apa itu cerpen………..

Cerpen atau cerita pendek adalah cerita benar atau rekaan yang berbentuk pendek.Di baca dalam nafas masa yang singkat dan tidak mempunyai stuktur yang terlalu kompleks.

Jumlah perkataan dalam ruang 500-20 000 patah perkataan…kelazimannya berkisar di antara 2000-5000 patah perkataan.

Pada zaman sebelum Perang Dunia ke dua cerpen agak panjang dan disiarkan secara bersiri-siri.

Contohnya cerpen"Terbanglah ke Bulan(Majlis,19Mei-26Julai 1939)karya Muhammad Salehuddin yang penjangnya 48 000 patah perkaatan dan tersiar dalam 30 siri. Namun begitu perkembangan terkini maya sastera tanahair.cerpen memerlukan keringkasan demi memenuhi selera pembaca dan perkembangan zaman yang semakin menghargai masa.Serba cepat.

Dikatakan cerpen yang pertama di Malaysia ialah pada tahun 1920 di majalah Pengasuh yang bertajuk"Kecelakaan Pemalas" karya Nor Ibrahim.

7 unsur utama cerpen:

1.tema 2.plot 3.watak

4.latar 5.sudut pendangan

6.gaya 7.suasana cerita.

TEMA

Tema adalah kisah keseluruhan cerita.Ianya berkaitan rapat dengan persoalan yang hamil dalam sesebuah cerita.Tema seharusnya bersifat pengajaran dan membawa nilai-nilai murni terhadap pembaca.

PLOT

Plot ibarat jalan penceritaan yang melalui pelbagai laluan sebelum sampai ke penghujung cerita.

Penyusunan jalan cerita tidak semestinya disusun mengikut urutan masa atau cerita. Ianya boleh dicampuraduk dan boleh dimulakan dengan ditengah cerita atau bahagian akhir cerita dengan kaedah imbas silam.

Plot harus bercampur dengan konflik dengan mewujudkan situasi cerpen yang baik dan mendebarkan.Konflik boleh dipelbagaikan dan dicipta demi memperkembangkan plot.

WATAK

Watak dalam sesebuah cerpen boleh dipelbagaikan baik berbentuk manusia,haiwan,benda.tumbuh-tumbuhan dan perlambangan.

Ada watak baik(protagonis),watak jahat(antagonis),watak sampingan(watak tidak berkembang)

Watak boleh digambar oleh pengarang secara langsung melalui penceritaan atau secara tidak langsung melalui tingkahlakunya atau percakapannya.

LATAR

Latar adalah alam sekeliling dalam cerpen.Latar yang baik akan menceriakan pembaca dan menambahkan keseronokan pembaca.Latar yang biasa digunakan adalah seperti latarwaktu,tempat,cara hidup dan latar keseluruhan(kepercayaan,pemikiran dan agama)

SUDUT PANDANGAN

NDANGANSudut pandangan adalah bermaksud siapakah yang bercerita dalam sesebuah cerpen.

Sudut Pandangan Orang pertama

-pengarang yang terlibat mencerita.Biasanyaa menggunakan watak aku atau watak sampingan .

Sudut Pandangan Serba Tahu

Biasanya pengarang bertindak sebagai pencipta keseluruhan cerita.Pengarang menggunakan kata ganti dia atau mereka.

Sudut Pandangan Objektif

Pengarang menggunakan ganti nama orang ketiga dan tidak terlibat dalam cerita.Pengarang berada di luar cerita.

 

GAYA BAHASA

Gaya bahasa adalah milik tersendiri seseorang pengarang.Biasanya seseorang pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri.Kebijaksanaan memilih gaya bahasa yangs sesuai

akan menghidupkan cerpen dengan baik. 4 tunjang utama gaya bahasa adalah

Diksi(Pemilihan kata-kata),Sintaksis(penyusunan ayat),Isi Cerita seperti dialog,aksi,unsur cerpen dan pemikiran serta falsafah),Tempo(jangka masa cerita..bahasa yang ringkas dan cermat tetapi padat dengan isi perlu di adun dengan baik swekiranya pengarang mahu temponya laju).Namun sekiranya tem[po panjang seperti banyak pengolakan jiwa,perasaan dan suasana romantik ayatnya perlu agak panjang dan temponya pelu diperpanjangkan lagi.

SUASANA

Suasana ceita peelu sesuai dengan jalan cerita. Contohnya cerpen seram pelu suasana yang menakutkan begitu juga cerpen lucu pelu suasana yang kelakar..itulah maksud suasana.Semua ini memerlukan kekreatifan pengarang…..

 

APA YANG PELU SAYA LAKUKAN UNTUK MENJADI SEORANG CERPENIS

semuanya terpulang pada saya

Yakin pada diri sendiri

Banyak membaca…..belajar dengan mereka yang tidak kedekut ilmu..rajin bertanya…

Banyak membaca dan mengkaji cerpen dewasa ini…berani menulis cerpen..tanamkan minat dan azam untuk berjaya…

Tidak mudah putus asa…terus berkarya..dan jangan lupa hantar karya kepada media

Percayalah…semuanya tidak mustahil…cuma keberkatan perlu dicari…….