Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sejarah hidup..antara kenangan dan ingatan

alhamdulilah….ditakdirkan kita dapat bersama di ruang

yang tidak seberapa ini………………..

 

Nama penuh saya ialah Akram @ Amir Bin Haji Abdul Majid. Di lahirkan pada 5.8.1972 di Kuala Terengganu.Mendapat pendidikan awal di SRSS1

dan melanjutkan pendidikan di SMSultan Sulaiman(tahap menengah).

Kemudian melanjutkan ilmu di Maktab Perguruan Sri Pinang pada93-96.

Akhirnya terus mendalami ilmu di UKM pada 1996-sekarang…..pengkhususan Kesusasteraan Melayu/Psikologi(sedang mengajar di SKSB 2 di K.Terengganu.)

Mula menulis semenjak di bangku sekolah(suka-suka) dan karya pertama(Puisi) disiarkan ialah pada tahun 1995 (MEI) di 3 buah media cetak iaitu Majalah Mastika,Jelitadan Keluarga.Manakala karya pertama di media elektronik ialah pada tahun 1996(Februari,RSB.TV3).

Kebanyakan karya tersiar di Majalah Dakwah,Tamadun.Al-Islam,Ummi,Mingguan Watan,Mingguan Malaysia,Buletin Utama,Mingguan Wawasan,Karya.Harakah dan lain-lain akhbar tabloid

Nama pena saya ialah Amir Akram A.M.

Antara kejayaan yang pernah dimenangi ialah tempat ke 2 pertandingan menulis essei hari kesihatan Sedunia peringkat negeri Pulau Pinang pada 6.8.1994 dan beberapa pertandingan peringkat Maktab.

Kursus yang biasa diikuti ialah di USM(1994-1996)dan di UKM(1997)

Kursus terbaru yang diikuti ialah PERKAMPUNGAN PENULIS GAPENA II PERINGKAT ZON TIMUR PADA18-20 1997 DAN BENGKEL SKRIP DRAMA RADIO PELITA 1998 DAN WACANA DRAMA DI M.PERGURUAN BATU RAKIT 1998.

Kelab Terbaru yang sedang dipimping ialah Penulis Tunas Seri Budiman II

Dan baru selesai mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif di SKSB II.

 

Berkarya demi tanggung-jawab…biar kejujuran menjadi jatidiri dan karya sebagai jihad…. JIHAD KARYA