SESETENGAH
penulis gemar menggunakan nama samaran(pseudonymous) daripada namasebenar.Malah ada yang menggunakan hingga beberapa nama. Tanpa pembaca sedari,terdapat dua
atau tiga nama pada sesebuah buku,majalah atau akhbar itu ialah hasil karya orang yang sama.
Nama samaran atau nama pena lazimnya digunakan untuk mengantikan nama asal dengan
tujuan tertentu.Berbagai bagai ragam dan keunikan boleh kita temui daripada nama-nama tadi.
Ini bergantung kepada pemilihan dan daya cipta penulis sendiri yang menonjolkan
identitinya.Terdapat nama panjang penulis yang boleh menyukarkan peminat untuk mengingatinya.
Malah memerlukan ruang yang panjang untuk menulisnya.Dengan nama singkatan seperti Anas
K.Hadimanja(Tubagus Anas Muhammad Dzan Haji Abdullah) kesulitan menyebutkannya akan
menjadi lebih mudah.
Untuk mengabadikan nama orang yang tersayang atau nama isteri,ada kalanya penulis
memasukkannya secara simbolik. Penulis R.Hamzah Dua(Hamzah Dua)meletakkan huruf "R" di
hadapan namanya.
Huruf itu adalah nama isterinya iaitu Rubiah Dullah.
Nama samaran juga boleh berupa rangkai kata yang indah makna dengan enak didengar.
Nama seperti Ratu Indah(Rejab Ismail),Keris Mas(Kamaludian Muhammad),Tongkat Warrant(Usman Awang)atau Pena Kota(Ghulabdin Enjjih)sudah terkenal di dalam bidang penulisan tanah air.
Di Sarawak,penulis muda turut menggunakan rangkai kata seperti Kasturi Desa(Sriwati
Labot) dari angkatan Benak Sri Aman-sebagai pengenalan diri karya puisinya.
Kebiasannya,penulis tidak menggunakan nama sebenar untuk menutup keadaan dirinya daripada dikenali orang lain.
Hanya hasil karyanya sahaja yang perlu diambil kira. Ini menunjukkan keikhlasan diri penulis
bahawa biarlah dia tidak dipuji asalkan karyanya dipuji.
Uuntuk melindungi diri dan keluarga daripada surat layang,ugutan serta ancaman,penulis
Akan lebih selamat dengan penggunaan nama itu.Pihak yang dengki atau kurang senang dengan
kritikan penulis tentulah tidak dapat berbuat sesuatu tindakan.
Mereka hanya boleh menyalak dari luar halaman rumah sahaja.
Sudah menjadi harapan setiap penulis,nama samaran mereka akan tetapi menjadi rahsia.Oleh
itu,pihak penerbit perlulah menutup maklumat penulis tadi daripada diketahui umun.Lebih lebih lagi
apabila karya itu berunsur sensitif dan pendedahan rahsia yang berniat jujur.
Mungkin seorang penulis perempuan cuba menyatakan tentang hal ehwal lelaki dan takut
Mereka tidak mempercayainya,boleh juga berbuat sedemikian.Penulis perempuan dengan nama
samaran lelaki akan lebih berjaya dan menyakinkan pembaca mereka.
Ia juga dapat meningkatkan jualan karya dan menambahkan kewibawaan pada pandangan
jantina lain.
Walaupun ia seolah-olah menipu para pembaca tetapi ini adalah untuk kebaikan dan mempengaruhi
mereka.Lagipun keadaan ini sering berlaku secara sulit.
Keupayaan penulis mungkin istimewa kerana dapat menulis dalam semua bidanmg dan
genre.Kebolehan ini akan mengecewakan peminat yang suka akan penulis tadi hanya berkarya
dalam bidang yang diminati mereka sahaja.
Dengan nama samaranlah,penulis mampu mengembangkan peminat yang berlainan bagi
setiap genre seperti puisi,cerpen atau rencana. Peminat lebih mengenali penulis melalui nama yang
pernah mereka jumpai. Setiap kali mereka melihat nama penulis ,mereka telah mengenali siapa dan
apakah kecenderungan karya itu.
Secara tidak langsung,penulis telah berjaya mengukir nama mengikut bidang dan dalam masa
yang sama mengumpulkan para peminat kepada beberapa genre. Tetapi apabila peminat mereka
mengetahui keadaan sebenar,mungkin mereka akan terasa terkilan dan tertipu.
Namun ia tidak akan menimbulkan masalah besar kerana setiap kali identiti penulis diketahui,
Maka bertambahlah dekat perasaan dan mentaliti mereka dengan penulis pujaan mereka itu.
Karya yang sering kali tersiar di media mungkin ada yang menyukainya dan ada yang akan
beranggapan buruk.Pra-sangka ini timbul dengan tuduhan pilih kasih atau sebagainya.
Bagi mengelak suasana yang kurang baik ini,penulis mengunakan nama samaran.Walaupun tiga
karyanya tersiar pada satu-satu keluaran,para pembaca tidak akan sedar kecuali mereka yang rapat
atau mengenalinya melalui orang lain.
Niat kurang bertanggung-jawab juga terjadi kepada penulis.Setengahnya beranggapan
dengan nama samaran,mereka akan terlepas daripada cukai pendapatan.walhal pegawai cukai
pendapatan lebih cekap membuat siasatan.
Mungkin melalui maklumat pihak bank,mereka dapat membuat nilaian dan tafsiran.Oleh itu,para
penulis hendaklah sentiasa jujur ketika menggunakan nama samaran.
Melalui keistimewaan nama samaran tersebut,ketahuilah kita bahawa para penulis
mengunakannya bukan untuk berpura-pura.Mereka lebih mengerti tujuan dan matlamat nama itu
dikehendaki disiarkan.
Umunnya,walau berapa banyak pun nama samaran penulis,mereka mestilah menjelaskan kepada
penerbit supaya tidak berlaku percanggahan dalam bayaran ganjaran.
Kalau bolehmereka juga perlu mendaftarkan nama itu ke dalam perjanjian hak cipta untuk
mengelak berlakunya penipuan atau dakwaan palsu.