Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENYAIR DALAM SAJAK

Aduhai teman penyair

aku ingin menjadi penyajak

hidup dalam sajak

harmoni aman tenang gembira

jauh dari hasad dengki irihati

sahabatku hanya rakan senasib

yang hanya mengenal erti seni

 

Aku lebih suka sendiri

kerana aku rasa lebih dihargai

menghasilkan seni untuk seni

aku tidak pernah diganggu

kerana aku tidak menganggu

 

Aduhai teman penyair

aku bukan mengelak kompromi

jauh sekali lari

dari percampuran puisi

cukuplah sekadar

hidup dalam sajak.

 

OMARA ADAM

KUALA TERENGGANU.