Puisi Pembunuhan…..
dendam semakin menjadi
baranya makin subur di ![]()
membakar kota pertimbangan
pembunuhan terus mengila
kesabaran dibunuh oleh nafsu ammarah
kematangan dibunuh oleh rasa tamak haloba
kejujuran dibunuh oleh keinginan berkuasa
tanggungjawab dibunuh oleh sajungan pujian
maka talkin terus di baca
saban pagi,petang malam
di atas pusara keadilan
mati dan terus mati
di bunuh oleh pembunuh figura
darah terus mengalir
dalam letupan dendam![]()
hentikan-hentikan-hentikan
pembunuhan itu
padamkan
dendam itu
dengan siraman nasuha
yang dihujani rasa taqwa
biar menitis air mata kesedaran
membanjiri sejadah sepertiga malam
bahawa kita satu bangsa
satu hati dan
satu agama
bahwa kematian itu
adalah milik kita
yang paling berharga
dan kemaafan daripada insan yang pernah kita zalimi
adalah bekalan
yang amat berharga
bila tiba di mahkmah milik-Nya.
amir akram a.m.
1.appril.1999