Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(KURSUS 1)

Salam sastera.
Adakah sdr.menghadapi masalah memasarkan cerpen? Kenapa? Adakah sdr. fikir
cerpen sdr sudah cukup baik, namun tidak mendapat tempat di mana-mana-mana
penerbitan? Kenapa? tahukah sdr bagaimana menulis cerpen berbumbu ilmu bantu
untuk meraih perhatian panel hakim? Atau sdr. sering tidak mampu menyiapkan
cerpen kerana kehabisan ida? Bagaimana mengatasinya? Susah mencari judul?
Aduh, Banyak sekali persoalan yang belum berjawab, memerlukan jawapan. Untuk
itu,
Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) akan mengadakan bengkel intensif cerpen
pada 7 dan 8 Ogos 1999 bertempat di Rumah Pena, Jln Lapangan Terbang Lama K.L.
Untuk waktu dua hari, hanya enam (6) peserta yg diperlukan. Jika banyak
permintaan, sdr. akan dilayan dlm bengkel lain, dlm waktu terdekat. Jadi
mendaftar awal. Bayaran RM300. Mungkin mahal, tapi nilai yg sdr perlolehi
berharga RM30,000 lebih kurang atau tiga tahun belajar di universiti.
Peserta yg ingin menyertai bengkel yg bertujuan untuk memantapkan penulisan
cerpen ini diperlukan menyiapkan sebuah cerpen sepanjang 8 halaman kertas A4
dan hantarkan kepada saya selewat-lewatnya pada 23 Julai 1999.
Saya sendiri mejadi penatara bengkel berkenaan.
Alamat saya, no.53, Jln USJ/41F, 47600 UEP Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-7353733 atau 7381454.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

(DISKUSI 2)


KELAB ALUMNI MPR
dengan kerjasama
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

menganjurkan


DISKUSI EMPAT NOVEL REMAJA



BILA SENA KEMBALI BERBUNGA
oleh Amaruszatie Noor Rahim
diperkatakan oleh Dr. Rosnah Baharuddin (UKM)

MENCARI DIRI
oleh Lily Haslina Nasir
diperkatakan oleh En. Salleh Rahamat (UM)

BILA MAWAR MEKAR BERBUNGA
oleh Maharam Mamat
diperkatakan oleh Sdr. Mohd. Zariat Abdul Rani (UPM)

TANDA SEBUAH KURNIA
oleh Kamariah Kamarudin
diperkatakan oleh En. Ali Majod


Empat novel ni diterbitkan oleh Creative Enterprise. Novelisnya pula
datang daripada MPR berbeza - Lily MR 86, Amaruszati MR 87, Kamariah
MPR 89 dan Maharam MPR 93. Namun cita mereka satu - menghasilkan novel
remaja bermutu, selaras dengan salah satu iltizam penubuhan MPR sejak
1985 iaitu untuk menyediakan bahan bacaan berkualiti dan
bertanggungjawab untuk remaja. Lebih istimewa lagi, karya masing-masing
ditulis ketika usia remaja. Dan siapa lagi yang paling memahami gejolak
remaja kalau tidak remaja sendiri.

SEKADAR TAMBAHAN : sastera remaja ni pun penting jugak, bukan sastera
umum je. Walaupun sering dilabel macam-macam - sastera popular la,
sastera tak matang la, tapi sastera remaja bermutu byk bezanya daripada
yg 'pop', yg picisan, apalagi yang lucahan - yg byk kat kedai mamak
tepi jalan @ kat perhentian bas tu. Tapi nak buat macam mana, dah
memang pemikiran majoriti orang kita ni sah konvergen, bukannya
divergen - menyebabkan sastera remaja sering dipandang lekeh. Kalau
lekeh, takkanlah dah ada kategori khas untuk sastera remaja dalam
Hadiah Sastera Perdana Malaysia...


BUTIR DISKUSI
Tarikh/Hari : 24 Julai 1999/Sabtu
Tempat : Sudut Penulis DBP
Masa : 9.30 pagi-12.30 tengahari
Panel : Dr. Rosnah Baharudin (UKM)
Sdr. Salleh Rahamat (UM)
Sdr. Mohd. Zariat Abd. Rani (UPM)
Sdr. Ali Majod
Pengerusi : Sdr. Mohd. Hanafi Ibrahim (DBP)


PENYERTAAN PERCUMA. TERBUKA PADA UMUM. SEMUA DIALU-ALUKAN HADIR.

Serentak dengan diskusi ialah jualan T.Shirt Kelab Alumni MPR (Harga
RM25 saja) dan jualan novel para novelis tersebut(dan novel lain
terbitan Creative Enterprise).


Salam sastera,
HIZAIRI OTHMAN