Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KUCING

adakah kerana kita dimomokkan

kononnya kita sebagai seekor tikus

maka kita harus percaya pada dogeng silam

bahawa kita harus gerun pada

seekor

yang tidak punya apa-apa kuasa

dalam yang ditumpang

hanya penghuni sementara

 

kenapa harus gentar pada wajah

sedangkan ianya hanya mimik fana

sehingga hidup menjadi seperti

 

usah gentar pada seekor

kerana rumah ini bukan kepunyaannya

usah percaya kepada dogengan silam

ayuh kita usir seekor

yang tidak punya apa-apa kuasa dalam rumah fana ini

kita buktikan bahawa kita bebas

berkeliaran dalam rumah fana

yang bukan milik mana-mana makhluk

kita bebas berdecip-decip

mengikat silaturahim serta keharmonian

asalkan kita patuh pada suruhan-Nya.

 

amir akram a.m.

batu buruk,kuala terengganu.