dalam bahasa
dalam bahasa
kita belajar
mengikat silaturahim
dari pelbagai tali ras
dalam bahasa
kita belajar
menenum kesopanan
hingga menjadi sehelai songket jatidiri
yang indah
dalam bahasa
kita belajar
mengenal makna
ikhlas perjuangan diri
dan dalam bahasa
kita belajar
menghargai
keharmonian dan keamanan.
amir akram a.m
batu buruk
kuala terengganu.
#petikan Antologi Sumpah Setia Bahasa