M
arsli N.O atau nama sebenarnya Ramli Selamat dilahirkan di bukit Pahang,Kerteh,Terengganu pada 7.0ktober 1957.Mula melibatkan diri secara lebih bersungguh-sungguh dalam bidang penulisannya pada tahun 1979 selepas penyiaran puisi pertamanya Harapan di Dewan Sastera pada tahun yang sama.Selain puisi menulis juga cerpen,rencana,novel dan skrip drama.Tahun 1989,puisinya Negeri Ini,Anak antara yang memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan esso-Gapena. Pada tahun 1992 cerpennya Belon meraih Hadiah Cerpen Maybank-DBP dan tahun 1993 cerpennya Pembela turut meraih hadiah yang sama.Terlibat juga dengan teater dan baca naskhah.P
ada 13 Febuari 1992 ,bersama beberapa teman dari Bengkel Teater Kuantan pimpinannya membacakan cerpen di Sudut Penulis DBP dan pada 25 Oktober 1993 menjadi Hos Baca Puisi DBKL.Antara bukunya yang telah diterbitkan ilah kumpulan puisi Negeri Ini,Anak(DBP,1994) dan Demi (DBP.1998).Secara persendiriannya juga telah menerbitkan kumpulan puisi Siapa di Balik Sana?(1986),Bla Bla Bla(1990) dan Ninabobok(1993).Dengan sumber kewangan peribadi serta bantuan beberapa tokoh dan teman segenerasi,sejak tahun 1994 telah menerbitkan P-S(Wadah Interaksi Generasi Baru Sastera)P
ada 27 Januari hingga 3 Febuari 1995 mewakili negara ke Second Asean Writer"s Conference Workshop(Poetry)di Manila,Filipina.Pada tahun 1998,puisinya Begitu Kata Malam merupakanSalah sebuah puisi yang meraih Hadiah Sastera Perdana(Eceran)1996/1997.