BERSAMA SITI HAWA BINTI ZAINAL
DALAM ULASAN BUKU
JUDUL BUKU:
KOTA PELABUHAN MALAM
PENULIS:ARIPIN SAID
PENERBIT:
SASBADI SDN.BHD.
Kota Pelabuhan malam adalah himpunan cerpen yang dihasilakn atas gerakan idea penulis Aripin Said. Antologi setebal 91 halaman ini memuatkan enam buah cerpen beliau yang pernah tersiar dalam media-media terbitan seperti Dewan Bahas dan Pustaka,Utusan Melayu dan bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
KPM secara keseluruhannya mengarapkan idea penulis berdasarkan pengalaman dan penelitian beliau terhadap keakraban alam. Nilai kemanusian seperti kasih sayang,simpati dan saling membantu turut diselenggarakan oleh penulis dengan desiran angin,deruan ombak dan keindahan sungai serta tasik.
Cerpen Lengking contohnya mengisahkan tentang jalinan antara dua makhluk berbeza.Lolongan anjing yang selama ini mengganggu ketenteraman malam Encik Sebaru dan temannya Emi menyebabkan tibulnya rasa benci di hati mereka terhadap makhluk liar itu.
Namun akhirnya,anjing-anjing liar telah menyelamatkan Encik Sebaru daripada mati lemas di lautan dan cerpen
Lengking ini diakhiri dengan seribu tanda tanya.Cerpen
Beduk Tua yang memenangi hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank 1990 memaparkan kehidupan budaya tradisi sebagai warisan budaya Melayu yang semakin hilang fungsinya dekad ini.Beduk tua dipukul sebagai tanda masuk waktu sembahyang dan mengkhabarkan tentang kematian dengan satu irama khas.
Apa yang menarik di sini apabila pemukul beduk iaitu Aki Itam meninggal dunia,tabuhan Beduk Tua sama bunyinya dengan tabuhan orang itu sendiri.
Kegigihan pemuda bernama Musanif dalam menegejar cita-citanya banyak mengajar kita tentang erti waras dan lebih bertimbang rasa antara satu sama lain.
Dalam cerpen KPM yang turut menjadi tajuk antologi ini,kita dapat melihat ketekinan Musanif dalam mencari sinar hidup dan akhirnya telah menjadi kenyataan apabila dia berjaya menjadi seorang peguam,pemilik ijazah kelas pertama.
Kejayaannya juga turut membuka mata Pak Hasssan yang selama ini menghalang hubungan baik Musanif dengan anaknya syima.
Demikianlah sebahagian daripada ragam kehidupan yang boleh kita temui apabila membaca antologi cerpen ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JUDUL BUKU:
RABAB BERTALI TIGA
PENULIS:
ARIPIN SAID
PENERBIT:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
HARGA:
RM 10
Antologi setebal 141 halaman ini memuatkan 15 buah cerpen untuk santapan peminat sastera.
Pengalaman penulis dalam bidang pendidikan dan pengembaraannya ke serata pelosok tanag air telah dijadikan tabir pada hampir setiap cerpen ciptaannya. Segalanya telah dimuatkan dan diserikan dengan lenggang-lenggok bahasa dan nyayian alam yang menambahkan lagi asyik para pembacanya.
Jelas,penulis mendidik pembaca agar menghargai alam dan setiap keindahan ciptaan-Nya serta menjadikan detik pengalaman dan ilmu itu sebagai wadah perjuangan kehidupan.
Cerpen Rebab Bertali Tiga
itu sendiri membawa unsur moral yang tinggi.Ia mengisahkan kegigihan seorang anak muda bernama Kudin membelajari corak permainan rebab harus dijadikan pengajaran kepada anak muda sekarang supaya turut sama berusaha memastikan warisan ini tidak luput di telan dek zaman.
Penulis juga membawa kita mengembara ke zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dengan menyelitkan unsur sufi yang pastinya akan menarik minat kita untuk mengulang tatap cerpen berjudul
Puteri Tempawan Istana Melaka.Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat kita temui apabia membaca antologi ini yang telah dicerna dengan sebaik-baiknya oleh penulis.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------