Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Sambungan Syair Peredaran Zaman

(Kelima)

 

 

Di dalam kubur banyak sengsara

Badan digigit lipan dan kala

Mengigit orang mana berdosa

Sampai kiaman dunia yang lata

 

Jikalau banyak sihir dikandung

Apabila mati azab ditanggung

Kalau tak suka bumi menanggung

Ke atas dunia badan dilambung

 

Kebanyakkan pula telah berjumpa

Sesudah mati badannya kita

Belakang hidup balik semula

Tetapi telah berlainan rupa

 

Rupanya itu tidak lah tentu

Bermacam macam kejadian itu

Separuh ada semacam hantu

Tetapi bercakap tidak lah tahu

 

Ada serupa jadi binatang

Rupanya buruk sangatlah garang

Berkaki empat bermulut panjang

Takut rasanya kita memandang

 

Wahai saudara sama sekelian

Kisah akhirat saya tuliskan

Di padang mashar punya azabpan

Bermacam-macam Allah jadikan

 

 

 

Cukuplah tempoh masa di kubur

Semua badan habislah hancur

Segala tanah sudah bercampur

Semenjak di barat sampai ke timur

 

Datang suruhan daripada tuhan

Wahai israfil hendak dengarkan

Ini serunai Aku bagikan

Sekarang ini hendak bunyikan

 

Apabila serunai sudah berbunyi

Semua kita sudah terjadi

Langsung memandang ke kanan ke kiri

Kuasa Allah tuhan ku Robbi

 

Kuasa Allah Robbiallamin

Dipandang dunia sudah berlainan

Pandanglah datar semacam cermin

Tidaklah tentu kafir mukmin

 

Didatang Allah sebuah arash

Cahayanya itu sangatlah panas

Tak ada payung ataupun kipas

Manusia semua habis terhempas

 

Arash itu nama matahari

Cahaya kuat kepada diri

Teringat rasa dalam hati

Meminta tolong kepada nabi

 

Tempatnya nabi entah di mana

Maksud di hati hendak berjumpa

Tidak tertahan azab sensara

Sampai terkeluar lidah semua

 

Tak dapat rasanya mencari nabi

Menaruh susah di dalam hati

Keluarlah peluh badan sendiri

Peluh yang banyak separuh diri

 

Mana yang banyak menanggung dosa

Bermacam-macam rupa yang ada

Separuh badan menjadi kuda

Berbuat jahat atas dunia

 

Ada separuh menjadi babi

Tangan diikat mulut dikunci

Memakan yang haram sangatlah berahi

Dilarang Allah serta nabi

 

Semacam bayi berkaki empat

Bila berjalan terlompat-lompat

Azabnya orang membuat maksiat

Larangan Allah dengan Muhammad

 

 

Setengah pula tidak berkaki

Iktikad salah suka mencari

Ditakdir Allah tuhanku Robbi

Tangan yang dua menjadi kaki

 

Ada setengah berlidah panjang

Kerja berbincang pagi dan petang

Suka mencerita kisah orang

Itu kerja sangat dilarang

 

Separuh pula tangan diikat

Kerja mencuri suka membuat

Dilarang oleh nabi Muhammad

Sedikit tak suka membuat ibadat

 

Setengah pula ada berjumpa

Memakan anak itu kerja

Membuang anak atas dunia

Dilarang Allah tuhan yang kaya

 

Ada azab beribu tahun

Badan pun masuk neraka vail

Tuak dan arak suka meminum

Serta memakan harta karun

 

Setangah pula yang banyak dosa

Air peluhnya sehingga ke dada

Atas dunia sangat derhaka

Kepada Allah tuhan yang Esa

 

Takdir Allah tuhan yang satu

Kepada umat semasa itu

Pergi berjalan hilir dan hulu

Mencari nabi hendak mengadu

 

Lama dan lambat berjumpa nabi

Berkata umat sama sendiri

Apa timbangan segala kami

Minta hakimkan sekali lagi

 

Ya Allah tuhan yang kaya

Masukkan kami kepada syurga

Tidak tertahan sebegini rupa

Panas yang kuat yang kami rasa

 

Panasnya kuat kepada kami

Masukkan juga waktu ini

Biarlah hangus di makan api

Pada menahan semacam ini

 

Sekian azab tidak tertahan

Menangis umat sama sekelian

Meminta nabi kepada tuhan

Wahai ya Allah tuhan rahman

 

 

Ya Allah tuhanku Robbi

Macam mana kisah umat ku ini

Umatku datang sama sekali

Tidak tertahan azab bergini

 

Begini azab tidak tertahan

Meminta aku kepada tuhan

Salah benarnya mintak hukum

Ini umatku sama sekelian

 

Berkata Allah tuhan yang kaya

Mana segala orang berdosa

Mengapa ingkar atas dunia

Sekarang ini cubalah rasa

 

Menagis nabi semasa itu

Ya Allahurobbi tuhan ku

Hukumkan juga segala umatku

Dia berdosa sudahlah tentu

 

Berkata Allah tuhanku Robbi

Wahai umat sama sekali

Betapa rasanya azabku ini

Atas dunia beringkar diri

 



ON/OFF
Kembali Ke Laman Syair

Bersambung....