Sambungan Syair Peredaran Zaman
(Ketiga)
Apabila datang waktu jumaat
Biarlah jauh walaupun dekat
Wajiblah kita pergi jumaat
Itu suruhan nabi Muhammad
Orang dimasjid apabila bang
Memanggil kita hendak sembahyang
Mistilah kita semua datang
Janganlah kita menaruh bimbang
Jikalau bimbang di dalam hati
Apa kerja tidaklah jadi
Dunia akhirat mendapat rugi
Tentu tak ada bekalan mati
Waktu jumaat apabila datang
Wajiblah kita pergi sembahyang
Dosa yang banyak supaya kurang
Sunggupun jauh wajiblah datang
Janganlah lengah hendak pergi
Dalam seminggu cuma sekali
Kebanyakkan kita suka ingkari
Pesuruh Allah tuhan ku Robbi
Pesuruh Allah dengan Muhammad
Wajiblah kita pergi jumaat
Untuk bekalan di padang akhirat
Supaya kita boleh selamat
Kalau mengikut nabi Muhammad
Di dunia senang di akhirat selamat
Larangan Allah jangan dibuat
Dapat pahala berlipat-lipat
Tuhan jadikan kepada kita
Bukan berbuat amalan sahaja
Mencari nafkah disuruh pula
Dihadis nabi ada berjumpa
Mencari nafkah serta amalan
Jangan diikut iblis dan syaitan
Amalan yang soleh hendak kerjakan
Terpelihara kita sama sekelian
Iblis dan syaitan kalau diikut
Hati di dalam tentulah karut
Larangan Allah sukalah mengikut
Sedikit tak ada menaruh takut
Larangan Allah tuhan ku Robbi
Elok buangkan semasa ini
Cari amalan sebelum mati
Itu suruhan daripada nabi
Pesuruh Allah tuhan yang satu
Mengerjakan sembahyang lima waktu
Sehari semalam sudahlah tentu
Serta jumaat sekali seminggu
Di dalam kitab hadisnya nabi
Hendaklah dengar dan teliti
Kepada segala kaumku ini
Simpankan betul di dalam hati
Kembali Ke Laman Syair