Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Mastika Hadith - Muqaddimah

22. Nilai segala amal berdasarkan niat.
 

Hadith 40:

Dari Abu Kabshah al-Ammariyi r.a., dari Nabi s.a.w.,
sabdanya : "3 perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya,
iaitu: Tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab
dikeluarkan sedeqahnya; dan tiadalah seseorang itu dizolimi
dengan sesuatu kezoliman yang ia bersabar menanggungnya
melainkan ALLAH menambahkan dia dengan kemuliaan; dan tiadalah
seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedeqah melainkan
ALLAH membukakan kepadanya pintu kepapaan; dan aku menerangkan
kepada kamu satu hadith pengajaran maka hafazlah akan dia
(untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian baginda menerangkan)
sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan
harta) hanyalah terbahagi kepada 4 (keadaan) manusia:

1) orang yang telah dikurniakan ALLAH dengan harta dan juga
dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku
taat kepada ALLAH dan menjauhi larangannya, dan menggunakan
hartanya pada menghubungkan silaturrahim kaum kerabatnya, serta
ia mengetahui haq ALLAH pada nikmat-nikmat yang dikurniakan
itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia
keadaan (di sisi ALLAH).

2) orang yang telah dikurniakan ALLAH dengan ilmu agama sahaja
dan tidak dikurniakanNya dengan harta serta ia berkata dengan
niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku
akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan)
itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan
yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah
sama.

3) orang yang telah dikurniakan ALLAH harta dan tidak
dikurniakanNya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalah-
gunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak
memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan, dan ia
juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturrahim, dan
tidak pula mengetahui akan haq ALLAH pada hartanya itu; maka
orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan.

4) orang yang tidak dikurniakan ALLAH dengan harta dan tidak
juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada
harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si
anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan
yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah
sama." (HR Tirmizi dan lain-lainnya)

Muslimin muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke40 yang panjang
ini, masih lagi berkisar tentang makna sebenarnya kepada
masalah niat dan keikhlasan. Dimana di awal-awal hadith, Nabi
s.a.w. telah bersumpah di atas 3 perkara yang amat besar. Kalau
kita mengaji ilmu hadith, apabila Nabi s.a.w. bersumpah di
dalam suatu hadithnya, maka ketahuilah ia adalah suatu perkara
yang amat besar di sisi ALLAH SWT.

Perkara yang pertama yang Nabi s.a.w. bersumpah ialah
katanya, "Tidak akan berkurang harta orang-orang yang
mengeluarkan sedeqah."...Inilah jaminan Nabi s.a.w.. Dan inilah
yang Nabi s.a.w. lakukan bila setiap kali baginda mahu pergi
berperang. Baginda akan isytiharkan derma supaya para sahabat
mengeluarkan harta mereka untuk infaq fisabilillah. Dan Nabi
s.a.w. telah memberi suatu jaminan yang tidak mampu diberi oleh
mana-mana manusia, iaitulah jaminannya bahwa tidak akan
berkurang harta orang-orang yang bersedeqah. Sebab itu, kalau
kita tengok dalam hadith-hadith yang lain, antara lainnya Nabi
s.a.w. pernah bersabda, "Murahkanlah rezeki kamu dengan
memperbanyakkan sedeqah."...Inilah dia antara tips yang Nabi
s.a.w. bagi untuk murahkan rezeki. Cuba kita tengok satu lagi
hadith baginda yang mengajar kita supaya membenteng diri
daripada api neraka dengan cara bersedeqah.
Mafhumnya, "Selamatkan diri kamu daripada api neraka walaupun
dengan bersedeqah hanya dengan sebiji buah tamar."...Nampak
tuan-tuan macamana Rasulullah s.a.w. ajar kita supaya menjaga
diri daripada dibakar oleh ALLAH di dalam api neraka, dengan
hanya bersedeqah sahaja.

Ini pula ada satu kisah berkenaan dengan sedeqah. Pada satu
hari, seorang sahabat yang bernama Bashir ingin masuk Islam.
Lalu dia pun bertemu dengan Nabi s.a.w. dan bertanya, "Ya
Muhammad. Saya mahu masuk Islam. Dan apakah yang mesti saya
lakukan?"...Rasulullah s.a.w. terus menjawab, "Kamu hendaklah
melakukan 7 perkara."...Bashir tanya, "Apa dia ya
Rasulullah?"...Dijawab oleh Nabi s.a.w., "Yang pertamanya ialah
mengucap 2 kalimah syahadah. Yang kedua adalah sembahyang. Yang
ketiga, puasa di bulan Ramadan. Yang keempat, hendaklah kamu
mengeluarkan zakat bila cukup sampai haul nisabnya. Yang kelima
pula ialah tunaikanlah fardu haji. Yang keenam ialah berjihad
fisabilillah. Dan yang ketujuh ialah infaq harta mu bersedeqah
di jalan ALLAH."...Apabila Bashir mendengar 7 syarat yang
diletakkan oleh Nabi s.a.w., lalu Bashir menjawab, "Wahai
Muhammad. Yang 5 mula-mula tu aku boleh buat. Sembahyang,
mengucap, puasa, zakat dan haji ni beres no problem. Tapi hat 2
yang terakhir tu, bagi aku, aku rasa berat sikit."...Nabi
s.a.w. tanya, "Pasai kamu rasa berat?"...Bashir
menjawab, "Wahai Muhammad, bila kamu suruh aku berjihad
fisabilillah, aku nak beritahu kamu sebenarnya bahwa aku ni
penakut...."...Macam setengah kawan-kawan kita. Pantang aje
nampak topi merah, kira nak cabut aje kerjanye. Sebenarnya
bukan depa tembak teruih. Depa nanti hantaq wakil mai bincang
dulu. Depa pun reti undang-undang aih!...Hat loceng tu, depa
nanti bunyikan sebanyak 3x. Kalau bunyi kali pertama, maknanya
kita kena standby, pakai kasut. Bila bunyi kali kedua, mata mau
ushar mana jalan. Kemudian akhirnya bila bunyi kali ketiga,
tinggai kertas suratkhabar la jawabnya.

( Ceramah daklah tak boleh la ni. Kalau buat juga, alamat makan
gas la kita. Sebab sekarang ni puak umno begitu desperate
sekali sehingga kita buat dalam markaz pun, dibaginya kita
makan gas jugak. Takpa, itu perancangan depa. Perancangan
ALLAH, siapa tahu?...Bila ceramah takdak, jangan lagu dok serot
jadi macam kura-kura pulak. Bila ceramah takdak, hangpa pi la
kuliyyah pula. Imarahkanlah majlis-majlis ilmu. Inilah masanya
untuk kita menguatkan lagi ilmu dalaman. )

Balik kepada kisah Bashir tadi. Maknanya, dia mengaku dia
takut. Kemudian katanya lagi, "...Dan yang keduanya wahai
Muhammad, sedeqah-sedeqah ni pun bukannya aku tak mau; tapi
kelapan-lapan anak aku semua pi univ belaka. Masing-masing
yuran dah dekat dua tiga ribu, maklumlah biasiswa dah takdak.
Jadi, nak bersedeqah ni, aku tak berapa nak bolehlah."...Tuan-
tuan tau apa Nabi s.a.w. jawab?...Nabi kata, "Wahai Bashir,
kalaulah berjihad di jalan ALLAH dan infaq harta fisabilillah
kamu tak ndak buat; aku ingin bertanya kepada kamu wahai
Bashir : Dengan cara apakah lagi kamu nak masuk syurga ALLAH
SWT?"...Terdiam Bashir. Awat taknye?...Nabi s.a.w. kata bahwa
sekiranya kamu berjihad pun tak ndak dengan tak mau tolak buang
perasaan takut tu, kamu tak berapa nak pergi berjihad kerana
dok layan sangat perasaan takut tu, kamu tak boleh nak hadapi
sedikit rintangan ujian bila diminta bersedeqah; jadi dengan
amalan apakah lagi wahai Bashir untuk kamu nak ketuk pintu
syurga ALLAH SWT?...Nampak tak tuan-tuan; begitu besarnya
amalan jihad dan bersedeqah ini sehinggakan Nabi s.a.w.
meletakkan syarat, kalau sembahyang tanpa bersedeqah, tak boleh
pi syurga. Begitulah juga kalau buat haji tiap-tiap tahun
sampai Hajar Aswad pun kenai muka kita sebab punya seniornya,
tapi kalau tak berjihad membela ugama, maka tak boleh juga pi
syurga...Bila Bashir dengar Nabi s.a.w. kata begitu, Bashir pun
berkata, "Ya Muhammad. Kalau begitulah Islam, maka aku berjanji
akan buat kesemua ketujuh-tujuh perkara itu."...Lalu dia pun
mengucap 2 kalimah syahadah. Inilah dia nak ceritanya betapa
besarnya amalan sedeqah ni. Sehingga menjadi jalan untuk kita
masuk ke syurga ALLAH SWT. Sebab tu sat gi, bila hangpa jumpa
mana-mana fakir miskin atau orang minta sedeqah buat
surau/masjid ka; selok poket, bagi buang seberapa yang mampu.

Kemudian yang keduanya Nabi s.a.w. bersumpah dengan
katanya, "Tiadalah seseorang yang kena zolim itu ia bersabar
dengan ujian tersebut melainkan ALLAH akan menaikkan darjat
kemuliaannya."...Sebab itu kita nak bagitau bahwa cerita buat
zolim buat aniaya kat orang ni adalah satu cerita yang amat
besar di sisi ALLAH. Oleh sebab cerita pasai zolim ni banyak
perbahasannya, maka ust Halim Nasir pun bawa 2 hadith
berkenaannya. Kedua-dua hadith ini adalah daripada Abu
Hurairah r.a.. Yang pertamanya, Nabi s.a.w. bersabda, "Sesiapa
yang merasa berbuat zolim terhadap saudaranya, samada merupakan
kehormatan atau harta; maka hendaklah dia meminta dihalalkan
sekarang juga."...Nampak tak tuan-tuan; siapa yang tuduh
kawannya berzina atau liwat dengan tanpa mengemukakan saksi
sehingga kawannya dianiaya kehormatannya, maka ini kes berat.
Lepas tu dengan tak cukup dia mengaibkan kawannya, dia rampas
pula haq orang, curi minyak orang, buat sesuka hatinya dengan
harta benda orang yang diamanahkan kepadanya; maka kata Nabi
s.a.w. untuk dia cover supaya tidak diseksa ALLAH di akhirat
kelak, maka mestilah dia minta dihalalkan segala perbuatannya
itu on the sport la tu juga. Contohnya macam Rahim Nor; dia
mesti kena jumpa DSAI untuk minta halal sebab dialah yang
melebamkan mata DSAI. Inilah yang Rasulullah s.a.w. ajar. Bila
saja kita buat zolim pada orang, samada kehormatan maupun
harta, hendaklah kita minta halal dan minta maaf di atas segala
kezoliman yang telah kita lakukan itu sekarang juga. Pasai apa
Nabi s.a.w. suruh buat lagu tu?...Sebab pernah Nabi s.a.w.
sebut dalam hadithnya, "Sebelum dituntut pada hari yang tidak
ada dinar/dirham (hari qiamat), maka pada waktu itu jika ia
mempunyai amal soleh maka diambil pahalanya menurut kadar
kezolimannya."... Maksudnya, kalaulah dia buat naya kat orang
tapi dia tak pi jumpa orang tu untuk minta maaf balik ataupun
tak pi sua muka suruh DSAI tibai balik, maka kata Rasulullah
s.a.w., "Tunggulah pada hari qiamat, kalau dia ada pahala amal
soleh, maka ALLAH akan ambik dan bagi pada orang yang pernah
dia buat zolim berdasarkan kadar kezoliman yang dia lakukan
pada orang itu."...Tak pasal-pasal kawan tu boleh pahala, yang
kita ni pula semakin kurang. Tak taulah berapa banyak pahala
DSAI nak dapat?...Sebab dia dibelasah dengan matanya diikat dan
tangannya digari, kemudian dibiarkannya menahan kesakitan tanpa
sebarang rawatan selama 5-6 hari, bila polis bawa untuk lapor
diri di mahkamah baru kita tahu matanya dah lebam, rupa-
rupanya kawan nu yang hayun. Jadi, tak taulah berapa banyak
ALLAH nak ambil pahala dari kawan nu dan bagi pada DSAI, kita
pun tak tau. Itu pun kot-kot lah ada pahala. Macamana kalau
apa yellow pun takdak?...Lalu kata Rasulullah s.a.w., "Dan
kalau dia tidak ada amal soleh, maka diambil kejahatan orang
itu dan dipikulkan kepadanya."...Bila dicheck-check tengok,
apa pahala pun takdak; maka dicheck pula pada orang yang kena
zolim itu, ada dosa tak dia?...Kalau ada, maka diambil dosanya
itu dan dibagi kepada orang yang buat zolim tu. Sikit punya
haru ka tu. Sebab itu, jangan dok suka-suka buat aniaya kat
orang, atau terutamanya zolim terhadap ALLAH.

Sepertimana firman ALLAH dalam Surah as-Saff 28:7 yang
bermaksud, "Siapa lagi yang paling zolim, daripada mereka yang
mengadakan dusta kepada ALLAH; sedangkan dia diseru kepada
Islam,..."...Inilah sebenarnya masalah yang paling besar yang
sedang berlaku pada hari ini. Sekarang ni ALLAH sedang uji kita
dengan berbagai-bagai jenis bala` yang ditimpakan ke atas kita
apabila kita meninggalkan Islam. Tak habis-habis, satu-satu
dia mai. Dengan masalah bohsia, bohjan, black metal tak habih
lagi kita settle, mai pula yang jenih hip hop ni pulak. Ya,
memang kita nak bagitau bahwa makbapak ada peranan dalam
menangani masalah sosial ni, tapi kita nak bagitau juga bahwa
bukanlah makbapak yang mengimpot masuk segala jenis gejala ni.
Makbapak takdak kuasa nak import Micheal Jackson datang buat
show di KL. Itu bukan kuasa makbapak. Makbapak juga takdak
kuasa memberi permit kepada peniaga-peniaga yang cetak t-shirt
gambar yang jenih gila babi ni. Itu bukan haq kami sebagai
makbapak. Kami makbapak hanya boleh kawal anak kami dalam
sekitar kawasan rumah kami sahaja. Tapi di luar rumah, kamu
sebagai pemerintahlah yang bertanggungjawab. Pemerintah
mestilah mengadakan satu peraturan yang berdasar undang-
undang, enakmen, akta dan sebagainya. Kalau ada peraturan
sebegini, InsyaALLAH, gejala sosial anak-anak muda akan
terkawal. Kalau setakat masing-masing bagi komen, ia tak akan
selesai. Tapi apa yang nak kita bagitau ialah inilah bala`
ALLAH bagi kat kita akibat daripada kita membelakangkan haq-
haq ALLAH SWT. Cuba kita tengok dalam isu Black Metal dulu;
semua yang terlibat adalah anak melayu belaka, mana ada anak
cina?...Sehingga polis dan pejabat ugama pun merungut kata
mereka sendiri pun takdak undang-undang untuk bertindak.
Mereka hanya setakat boleh bagi kaunseling je. Tak boleh buat
apa-apa, tuan-tuan. Sebab itu, kita minta pihak berkuasa mesti
bertegas melakukan sesuatu. Inilah yang berlaku bila manusia
melakukan kezoliman dengan menolak haq-haq ALLAH, benci pada
ulama` dan benci pada Islam. Satu-satu Tuhan bagi bala`, tak
selesai-selesai. Jangan tengok Black Metal saja bahaya; ada
satu lagi jenih Metal yang lebih bahaya. Apa lagi kalau bukan
jenih "old metal" (keris karat). Awat tak bahayanye?...Black
metal pijak Quran dengan kaki, yang old metal ni pula pijak
Quran dengan dihinanya Quran dan dimaki hamunnya ulama`.
Walaupun berbeza keadaannya tapi fungsinya sama aje. Sama-sama
metal dan sama-sama pijak Quran. Cumanya, yang nu black, yang
ni old.

Okay, mai kita tengok satu lagi hadith daripada Abu Hurairah
r.a. yang cerita bab zolim; suatu hari Nabi s.a.w. bertanya
kepada para sahabat, "Tahukah kamu siapakah orang yang
muflis?"...Jawab sahabat, "Orang yang muflis itu wahai
Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas
rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga
ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi."...Kata Nabi
s.a.w., "Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah
mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang
cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh;
tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini,
menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua
itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala
pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka
diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan
ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam
neraka."...Nau zubillahi min zalik. Inilah dia tuan-tuan makna
sebenar muflis. Nabi s.a.w. kata bahwa orang muflis ni ialah
orang yang mari jumpa ALLAH pada hari qiamat kelak dengan
sembahyangnya molek, puasanya cantik, zakatnya dibayar cukup
haul; tetapi bila dia mari jumpa ALLAH, tiba-tiba marilah
sipolan sambil berkata, "Wahai ALLAH! dulu dia nilah yang maki
hamun aku dengan tanpa haq. Jadi hari ini aku nak minta
balasan."...Maka ALLAH ambik pahala orang ni, bagi dekat kawan
yang mai minta tadi. Lepas tu mari pula sorang lagi, "Wahai
ALLAH! dulu dia nilah yang menjatuhkan maruah aku dengan
dituduhnya aku berzina, dia kata aku meliwat sampai dia arah
orang pikoi tilam sampai naik malu polis. Laa aku nak minta
pahala daripada dia."...Agak-agak tuan-tuan, "orang tua" tu
ada pahala ka nak bagi?...Pahala apa kalau lagu ni punya dok
lawan Islam, tuan-tuan. Kata Nabi s.a.w. bahwa semua akan
datang mai tuntut sehingga akhirnya bila habis semua
hasanatnya, maka ALLAH akan ambik pula semua dosa pada orang
yang tuntut itu dan hempok atas belakang dia. Kemudiannya dia
dilempar ke dalam neraka...Nau zubillah.

Mahukah begitu keadaan kita?...Penat-penat dapat pahala mai
kuliyyah, penat-penat sembahyang, penat-penat pi jihad
fisabilillah, penat-penat tampal poster, penat-penat kerabat
pokok nak pacak bendera nun sayup punya tinggi 600 kaki punya
pokok, jatuh tu kalu kira syahid teruih. Punyala mau pahala,
sehingga sanggup kerabat pokok nak buboh bendera nuun kat
puncak sekali tu, tiba-tiba ada orang mai minta pula pahala
kita tu di Padang Mahsyar; tak takut ka tuan-tuan bila berlaku
lagu ni?...Nie Nabi s.a.w. yang sebut, tuan-tuan. Ia pasti
akan berlaku. Akan datang orang meminta pahala daripada kita.
Inilah amaran Nabi s.a.w. kepada mereka-mereka yang buat zolim
kepada orang lain. Sebab itu, tolong jangan buat zolim. Dan
Nabi s.a.w. bersumpah bahwa orang yang dizolimi itu sekiranya
dia bersabar, ALLAH akan naikkan darjatnya. Inilah yang berlaku
pada MB T`ganu sekarang. Hasil bersabarnya dia ketika dizolimi,
dianiayai dan dicuri duit minyaknya; sekarang ALLAH dah naikkan
darjatnya menjadi Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Pingat Seri Setia Sultan Mahmud (SSSM) yang diterimanya itu
membawa kepada gelaran "Datuk Seri". Jangan main-main, Datuk
Seri dah TG pun. Jadi kira sama taraf dengan Mahadey dah tu.
Itu kira dah draw 1-1 sama tu. Inilah akibat kesabarannya
berdikit-dikit sehingga beliau sanggup memberi beberapa bulan
duit gajinya pada rakyat T`ganu; kalau tuan-tuan tak percaya,
pi tanya sendiri kat dia. Berkorbannya untuk rakyat sehingga
berpuluh ribu gajinya dalam beberapa bulan dia tak ambik seduit
pun. Sebagai ganjarannya, ALLAH angkatkan darjatnya. Inilah
janji daripada Nabi s.a.w..

Tapi bagi orang yang buat zolim pula, ALLAH rendahkan
darjatnya. Sampai orang benci nak tengok muka pun orang meluat.
Macam hari tu, bila Mahadey mai sembahyang Jumaat kat Masjid
Seberang Jaya, habih orang pakat lari pi sembahyang kat tempat
lain. Masjid Putrajaya tu, ada member cerita sampai kosong
sunyi sepi takdak orang. Tiap-tiap hari keadaannya begitu.
Hang cat pilah masjid bagi cantik tara mana pun, tukaqlah
carpet bagi elok tara mana pun; tapi kalau orang dah meluat,
nak tengok muka pun orang tak ndak, itu tandanya ALLAH jatuhkan
martabat dia. Nanti kita akan belajar satu hadith dalam kitab
Mastika Hadith ni juga, iaitu bagaimana ALLAH SWT campak
perasaan benci ke dalam hati manusia sehingga meluat melihat
muka orang yang melakukan kezoliman. Benda ni bukan boleh reka-
reka atau boleh ajar-ajar orang atau hasut orang suruh benci;
bukan lagu tu. Tapi sebenarnya, perasaan itu ALLAH lah yang
campak ke dalam hati manusia. Kalau saya tak lupa, inilah
perkara yang dipersoalkan oleh seorang sahabat bila saya tulis
tentang timbulnya perasaan meluat dalam hati ahli-ahli qariah
masjid saya bila saja nama Mahadey disebut. Dia mempersoalkan
kenyataan saya itu sebab dia tak faham. Takpa, kita akan
bincang dengan lebih detail tentang perkara ni bila sampai pada
hadith berkenaan. Tapi agak lambat la sikit, InsyaALLAH tahun
2007 baru sampai. Sebab sekarang baru muqaddimah, manakala
hadith tersebut dalam jilid 1. Bawa bersabaq la sat.

Okay, yang ketiganya Nabi s.a.w. bersumpah, katanya, "Bahwa
siapa-siapa yang suka merempat meminta sedeqah, ALLAH akan
membuka baginya pintu kepapaan."...Sebab itu, Islam tak suka
umatnya menjadi peminta sedeqah. ALLAH dah bagi kat kita tulang
4 kerat untuk kita bekerja. Pernah Nabi s.a.w. marah pada
seorang sahabat yang suka sangat minta sedeqah, sehingga Nabi
s.a.w. keluarkan duitnya sendiri bagi kat sahabat tu suruh dia
pi beli kapak dan tali, kemudian disuruhnya pi cari kayu dalam
hutan untuk dijual. Nabi s.a.w. tak suka tengok sahabat tu
tampung tempurung meminta sedeqah ke sana ke mari. Tapi kalau
kita nak bagi kat peminta sedeqah, Islam galakkan kerana boleh
pahala kat situ. Cumanya ALLAH tak suka hambaNya dok buat kerja
minta sedeqah tak tentu arah. Jadi, Nabi s.a.w. bersumpah bahwa
mereka-mereka jenih ni, ALLAH akan membuka pintu kepapaan
untuk mereka. Maknanya mereka tak akan kaya.

Inilah 3 perkara awal yang Nabi s.a.w. bersumpah. Dan dalam
bahagian kedua hadith ini pula, Nabi s.a.w. menceritakan
tentang 4 jenih manusia berhubung dengan ilmu dan berhubung
dengan harta dunia. Mereka ialah :

i) mereka yang ALLAH beri ilmu dan harta. Lalu mereka
memanafatkan ilmu dan harta tersebut ke jalan ALLAH. Dengan
ilmu, dia menyebarkan Islam. Dengan hartanya, dia infaq
fisabilillah sekadar yang dia mampu. Kata Rasulullah s.a.w.
bahwa inilah keadaan manusia yang cukup baik sebab dia semulia-
mulia makhluk di sisi ALLAH.

ii) jenih yang kedua ialah ALLAH beri dia ilmu agama sahaja
tanpa harta. Walaupun dia takdak harta tapi kalau dia niat
dalam hatinya, "Ish! ish! ish! kalaulah aku ada harta, aku akan
laksanakan sepertimana orang yang pertama tadi. Akan aku
bersedeqah fisabilillah, akan aku tolong fakir miskin, akan aku
bantu maahad -maahad tahfiz yang terbengkalai."; bila dia
berniat begitu je, maka dia dengan orang yang disebut pertama
tadi mendapat pahala sama saja. Apa boleh buat, memang betul
dia takdak harta, tapi kalau dia berniat ikhlas akan melakukan
sungguh seperti apa yang dia niat, maka ALLAH akan bayar pahala
kat dia sama macam orang yang ada ilmu dan harta tadi.

iii) golongan ke3 ialah ALLAH beri harta tapi takdak ilmu. Yang
ni cukup banyak, tuan-tuan. Kereta ni hang sebut saja nak hat
jenih lagumana; Merc, Ferrari, Porche?...Semuanya ada, sampai
tak muat nak parking dalam rumah. Walaupun mereka dikelilingi
kemewahan harta dunia tapi ALLAH tak kurniakan mereka dengan
ilmu. Inilah dia istidraj. Drive saja Merc, tapi masjid tak
pernah singgah. Kuliyyah tak pernah dengaq. Dia guna hartanya
untuk buat jahat. Kereta mewahnya hanya kenal tempat-tempat
maksiat sahaja. Bila dia guna hartanya untuk jalan yang bukan
untuk taat kepada ALLAH SWT, maka dialah seburuk-buruk keadaan
di sisi ALLAH...Nau zubillahi minzalik.

iv) yang ke4 ialah orang yang takdak ilmu mahupun harta. Yang
ni paling banyak, tuan-tuan. Naik gerek buruk aje, tapi dia
punya samseng lawan Islam takdak ayat. Kat kedai kopi, tiap-
tiap hari bejabu dia punya maki Quran. Lempaq
suratkhabar, "Puuuihhh! Negara Islam konoooon!"...Punyala
samseng tuan-tuan, sampai kopi yang dia minum tu pun, tuan
kedai bagi halai je. Jenih sembang deraih kat kedai kopi lagu
ni, selalunya orang yang takdak ilmu tuan-tuan. Ada satu hari
tu, bila dia terpaksa kena sembahyang pasai malu kat orang, dia
mula gelabah pasai tak reti. Muaffiq pun tak tau, masbuq pun
tak tau, apa hukum pun dia tak tau. Jenih ni kalau dia berniat
dalam hati dia, "Ish! kalaulah aku dapat trade-in gerek buruk
aku ni dengan proton 2nd hand pun jadilah. Habuan nak pi
karaoke."...Kalau dia berniat begitu kata Rasulullah s.a.w.,
maka dosanya akan sama dia dapat macam orang yang ke3 tadi.
Sebab tu, jangan main-main dengan niat tuan-tuan. Niat tak
betoi je, Tuhan akan bayar time tu jugak. Walaupun kereta yang
dia mimpikan tu belum ada lagi kat dia, tapi kerana niatnya
yang jahat, ALLAH bayar kat dia dosa yang sama dengan dosa
orang ke3...Nau zubillahi min zalik.

Inilah 4 golongan manusia yang berhubung dengan ilmu dan harta.
Tuan-tuan boleh buat penilaian sendiri; dalam golongan mana
tuan-tuan nak duduk?...Kalau tuan-tuan pilih nak duduk dalam
golongan ke3 dan ke4, confirm neraka. Jadi, mau tak mau, kita
terpaksa berusaha untuk masuk dalam golongan pertama dan kedua,
sebab confirm syurga. Jadi, dalam bahagian kedua hadith ini,
Nabi s.a.w. mengajar kita bahwa betapa pentingnya niat ke arah
kebenaran dan betapa lingkupnya niat ke arah kejahatan.
Kesimpulannya:

1) Pada awal hadith ini, Nabi s.a.w. bersumpah dengan 3
perkara. Yang pertamanya, tidak akan susut harta orang yang
bersedeqah. Yang keduanya, tidak ada seseorang yang dizolimi
apabila dia bersabar, maka ALLAH akan naikkan darjatnya. Dan
yang ketiga, seseorang yang duduk dalam keadaan meminta sedeqah
dengan tidak mahu bekerja, maka Nabi s.a.w. bersumpah bahwa
ALLAH akan membuka pintu kepapaan kepadanya. Orang seperti ini
akan jatuh miskin papa kedana.

2) Ust Halim Nasir tambah dengan 2 lagi hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., yang berhubung dengan
orang zolim. Balasan kepada orang yang zolim ialah ALLAH akan
ambik dosa orang yang dizoliminya itu dan ditimpakan ke
atasnya. Kemudian ditolaknya masuk ke dalam neraka...nau
zubillah.

3) Dan Nabi s.a.w. tutup dengan cerita 4 golongan manusia
berhubung dengan ilmu dan harta.

WALLAHU TA`ALA `ALAM.