Nabi Muhammad saw
ialah seorang pemimpin dan pejuang
yang pintar dan berjiwa
besar serta berpandangan jauh.
Seorang pemimpin
yang berjiwa besar dan berpandangan
jauh sentiasa berfikir
dan menyusun rancangan dan
strategi perjuangannya,
untuk menguat dan
mengembangkan Islam
ke seluruh pelusuk dunia.
Berbagai-bagai cara,
taktik dan tiknik telah digunakan
oleh Nabi Muhammad
saw termasuklah teknik berhijrah di
samping hijrah itu
kemudian diperintahkan oleh Allah.
Tetapi sebelum itu
baginda atas hemahnya selaku
seorang pemimpin
ummah, telah menganjurkan para
sahabat berhijrah
ke Habsyah, yatsrib dan beberapa
buah negara yang
berdekatan dengan Mekah.
Melihatkan usaha untuk
menyebarkan dan menyampaikan
risalah Islamiah
di bumi Mekah terganggu maka
terlintas di hati
baginda untuk mencari bumi lain yang
diharapkan di sana
nanti ada umat yang menerima Islam.
Baginda pun menyusun
strategi hijrah, di mana para
sahabat diarahkan
lebih dahulu melakukan hijrah ke
beberapa buah negara
yang tersebut di atas. Sabda
Rasulullah saw kepada
para sahabatnya:
“Pergilah kamu ke
merata tempat (berpecah-pecah) di
muka bumi ini, nanti
kelak Allah akan mengumpulkan
kamu semula.” Para
sahabat bertanya, “ke mana kami
handak tuju?” Rasulullah
pun mengisyaratkan dengan
tangannya menunjukkan
ke arah Habsyah.” Rujuk Syarah
Al Muwaahibbul Laduniayah,
jld. 1 halaman 270.
Peristiwa penghijrahan
umat Islam ke negara-negara
yang berdekatan di
sekeliling bumi Mekah telah
diketahui oleh orang
kafir Quraisy. Mereka telah mula
bimbang dengan perkembangan
baru taktik dan strategi
Rasulullah saw itu.
lalu mereka berusaha menyekat
dengan berbagai-bagai
cara.
Kalau dilihat pada
logiknya, untuk apa kaum kafir
Quraisy bimbang dan
cuba menyekat umat Islam dari
meninggalkan bumi
Mekah, padahal mereka memang benci
dan berusaha untuk
menghapuskan umat Islam.
Sepatutnya apabila
tindakan umat Islam termasuk
Rasulullah berserta
orang kanannya Sayidina Abu Bakar
keluar meninggalkan
Mekah sebagai suatu perkembangan
yang menyeronokkan
mereka (kafir Quraisy), kerana
kalau umat Islam
tiada di Mekah, tidaklah mengganggu
mereka lagi dan tidaklah
kedudukan mereka tergugat.
Secara tidak langsung
pengaruh Rasulullah akan hilang
di Mekah.
Akan tetapi kafir
Quraisy tidak berperasaan demikian
bahkan tindakan Rasulullah
dan para sahabat berhijrah
dari Mekah ke negara-negara
lain telah membimbangkan
mereka sehingga anggota
perwakilan suku-suku
masyarakat di Mekah
terpaksa mengadakan sidang
parlimen tergempar
khusus untuk membincangkan perkara
tersebut.
Mereka memutuskan
untuk menyekat penghijrahan umat
Islam terutamanya
Rasulullah sendiri. Beberapa pasukan
tentera yang terdiri
daripada pemuda yang gagah
berani, lagi cekap
bermain senjata telah diatur di
segenap jalan keluar
daripada Mekah. Mana-mana umat
Islam yang hendak
berhijrah akan ditangkap, kalau
degil terus dibunuh.
tetapi Rasulullah saw dan para
sahabatnya berjaya
meloloskan diri.
Para pengkaji sejarah
terpaku sewaktu memikirkan
betapa besar dan
tingginya hikmah dan taktik
Rasulullah saw menyelitkan
iman para pengikutnya dan
betapa cekapnya Rasulullah
saw mengatur strategi untuk
perkembangan dan
kekuatan politik, ekonomi dan sosial
umat Islam akan datang.
Di sebalik amanat
Rasulullah, para sahabat yang pintar
telah dapat menyelam
isi maksudnya iaitu apabila
baginda mengucapkan
perkataan, “…..kelak Allah akan
mengumpulkan kamu
semula….”
Jelas setelah itu
Allah mengumpulkan semula umat Islam
pada peristiwa “Futuh
Al Makkiah” (pembukaan Mekah).
Demikian hikmah hijrah
yang tersirat kalau kita sorot
di sebalik peristiwa
yang tersurat itu.
1. HIKMAH DI SEGI AQIDAH
Hikmah hijrah di segi
agama ini lebih tepat dikatakan
strategi untuk menyelamatkan
iman dan aqidah umat
Islam ketika itu
sewaktu mereka diancam oleh orang
kafir Quraisy supaya
kembali kepada agama berhala.
Peristiwa Bilal bin
Rabbah, Ammar bin Yasir dan
keluarganya serta
beberapa sahabat lain yang diseksa
dan ada yang dibunuh
telah menimbulkan rasa
tanggungjawab Rasulullah
saw untuk mencari jalan
menyelamatkan iman
dan fizikal umat Islam.
Hanya dengan mencari
suatu tempat yang mempunyai
suasana dan lingkungan
tersendiri sahaja umat Islam
akan dapat bebas
mengamalkan agama Islam yang dianuti
dan diyakini mereka.
Sebab itu di dalam
beberapa hadis Rasulullah
menegaskan tentang
kedudukan umat Islam yang tinggal
dan hidup bersama
di dalam masyarakat bukan Islam.
baginda bersabda,
maksudnya:
“Jangan kamu tinggal
bersama-sama dan jangan bercampur
gaul dengan orang
musyrik kerana sesiapa yang tinggal
dan bercampur gaul
dengan orang musyrik termasuk ia ke
dalam golongan orang
musyrik.” - Hadis Hassan dari
Anas yang dipetik
oleh Imam As Subki.
Dalam hadis itu Rasulullah menegaskan lagi, maksudnya:
“Aku berlepas diri
ke atas orang Islam yang tinggal di
celah-celah masyarakat
musyrik.’ Sahabat bertanya,
“Mengapa?” Jawab
baginda, “Agar jangan nampak api di
antara kedua pihak.”
Dengan melakukan hijrah,
iman dan aqidah umat Islam
yang dahulunya tinggal
di dalam masyarakat musyrik
dapat terselamat
daripada ancaman. Di Habsyah
umpamanya, umat Islam
mendapat kebebasan hidup
sekelompok sesama
mereka dan mereka dapat mendirikan
masyarakat kecil
serta bebas menegakkan syariat dan
membentuk suasana
dan aktiviti tersendiri. Mereka
tidak lagi diganggu,
kerana kerajaan Habsyah ketika
itu menganut agama
“Nasrani asli” yang sifatnya
mencintai kebenaran.
2. HIKMAH DI SEGI POLITIK
Selaku tokoh politik
agung, Rasulullah mempunyai
pandangan yang amat
jauh sekali di sebalik strageti
hijrah itu. Tindakan
baginda memerintahkan umatnya
berhijrah keluar
negeri secara tidak langsung
merupakan strageti
untuk Islam berkembang ke beberapa
buah negeri sekaligus
ke seluruh dunia.
Habsyah yang pada
mulanya tidak tahu menahu tentang
agama yang baru muncul
yang dibawa oleh seorang Rasul
yang baru dilantik
itu, setelah kedatangan umat Islam
dan disusul oleh
rombongan para pembesar Quraisy untuk
menuntut kembali
pelarian (rakyat Mekah) itu maka
Maharaja habsyah
makin bertambah tahu dan kenal akan
agama Islam dan nama
Rasul baru itu yang memang telah
tercatat di dalam
kitab Injil Nasara.
Tokoh-tokoh politik
jahiliah daripada kalangan kaum
Quraisy tidak kurang
juga pintarnya otak mereka.
Mereka telah dapat
membaca dan menganalisa taktik
penghijrahan Rasulullah
sebagai satu usaha ke arah
pemindahan pengaruh
dan aktiviti agama Islam keluar
negari dan yang kelak
akan merbahayakan kepada
kedudukan politik
mereka di Mekah.
Sungguhpun mereka
sedar rakyat Habsyah tidak mungkin
akan terpengaruh
dengan agama Islam yang dibawa oleh
Rasulullah kerana
di samping mereka asal agama
Nasrani, Habsyah
memang mempunyai permusuhan terhadap
Mekah berikutan dengan
cemburu mereka, Mekah menjadi
pusat tumpuan dunia
untuk beribadah di Kaabah yang
didirikan oleh Nabi
Ibrahim a.s dan melakukan kegiatan
perdagangan dan kebudayaan.
Akan tetapi yang membimbangkan
mereka bukan pengaruh
agama di Habsyah
tetapi akan terbentuknya pusat
kegiatan Islam (di
kalangan rakyat Mekah) di Habsyah
dan dibimbangkan
mereka akan mendapat sokongan dan
bantuan daripada
Habsyah untuk menyerang Mekah di satu
ketika nanti.
Oleh sebab itulah
mereka berusaha untuk menuntut
kembali pelarian
rakyat negara mereka itu daripada
Maharaja Habsyah.
Lebih menyakitkan hati mereka lagi
ialah apabila tuntutan
mereka ditolak oleh Maharaja
Habsyah atas sebab
beliau yakin Rasulullah saw adalah
sebenarnya utusan
Allah yang membawa kebenaran.
Inilah di antara strategi
hijrah yang jarang dapat
disorot hikmahnya
oleh para pejuang Islam akhir zaman
ini. Tetapi para
ahli politik dahulu di kalangan orang
Mukmin yang hidup
tidak begitu jauh jaraknya dengan
zaman Rasulullah
telah menyedari hal ini.
Contohnya, para perancang
politik bani Abbasiah
sewaktu mereka hendak
merebut kekuasaan daripada bani
Umaiyah di Damsyik
mereka telah berhijrah ke Khurasan
(Iran) dan menanamkan
perjuangan di sana.
Strategi perkembangan
Islam demikian (secara hijrah)
merupakan sunnah
yang sepatutnya dilakukan oleh para
pejuang dan para
pengembang agama zaman mutaakhirin
ini samada melalui
cara berdagang sepertimana yang
dilakukan oleh para
pengembang Islam daripada tanah
Arab ke Malaysia
dan terus berpindah negeri,
meninggalkan kampung
halaman dan bermastautin di
tempat yang menjadi
sasaran dakwah Islamiah mereka.
3. HIKMAH DI SEGI EKONOMI
Setelah orang kafir
Quraisy gagal memujuk Maharaja
Habsyah untuk membawa
pulang pelarian Islam, yang
diketuai oleh Jaafar
bin Abi Talib, mereka kembali ke
Mekah dan merancang
suatu taktik tekanan lain ke atas
umat Islam yang ada
di Mekah termasuk Rasulullah saw.
Keputusan yang telah
mereka buat setelah berbincang
sesama politikus-politikus
Quraisy ialah mereka mesti
mengadakan permulaan
terutama di bidang ekonomi.
Selain daripada mereka
mengeluarkan pengisytiharan
supaya jangan bergaul
dan mengadakan sebarang hubungan
dengan orang Islam,
mereka juga melarang diadakan
hubungan jual beli
dengan umat Islam dan para simpati
mereka.
Hasil pemboikotan
barang-barang makanan, umat Islam,
lebih-lebih lagi
anak-anak, orang tua dan wanita
berada di dalam keadaan
lapar dan kekurangan bahan
makanan begitu lama.
Kalaupun mereka hendak
mendapatkan bahan
makanan, mereka terpaksa pergi ke
pasar yang jauh memakan
masa dan belanja yang tinggi.
Demi menjaga iman,
para sahabat yang diriwayatkan di
dalam beberapa kitab
sejarah, telah terpaksa memakan
kulit kayu dan ada
yang merebus kulit kasut untuk
dijadikan makanan.
Melihat keadaan umat
islam di Mekah tertekan oleh
kejatuhan ekonomi
akibat pemulauan itu, maka bertambah
lagilah Rasulullah
saw dan beberapa orang sahabat lain
merancang untuk lebih
cepat berhijrah.
Setelah Rasulullah
saw dan umatnya berhijrah ke
Madinah dan setelah
mereka mendapat kebebasan hidup,
maka di sanalah Rasulullah
merancang untuk
membangunkan dan
membina ekonomi tersendiri melalui
seorang sahabat yang
bernama Abdul Rahman bin Auf.
Setelah ada masyarakat
sendiri dan terbinanya sektor
ekonomi umat Islam,
maka mereka dapat menikmati
kemakmuran melalui
perniagaan sesama Islam tanpa
terlibat dengan tekanan
sistem riba dan lain-lain
sistem ekonomi jahiliah
yang menyulitkan.
Kesan daripada wujudnya
sektor ekonomi umat Islam di
Madinah, ekonomi
orang kafir yahudi yang bernadi di
atas nadi riba dan
penindasan, telah runtuh dan pasar
mereka terpaksa ditutup.
Ekonomi Islam yang dasarnya
“berkhidmat” mendapat
perhatian semua pihak.
Demikian kesan daripada
hijrah yang membebaskan diri
daripada sebarang
kongkongan telah melahirkan kekuatan
di bidang ekonomi
dan daripada kekuatan itulah, umat
Islam dapat membina
masyarakat dan negara dengan baik.
4. HIKMAH DI SEGI SOSIAL
Dilihat peranan hijrah
di segi pembentukan sosial ini
lebih penting daripada
aspek-aspek lain. Kerana aspek
politik dan ekonomi
lebih banyak bergantung kepada
sosial atau masyarakat.
Sewaktu berada di
Mekah bercampur baur dengan
masyarakat jahiliah,
Rasulullah tidak dapat membina
dan membentuk masyarakat
Islam yang sifatnya
tersendiri sepertimana
yang dikehendaki oleh Allah
iaitu masyarakat
tauhid yang bersih daripada berhala,
kerana mereka mendapat
tekanan yang kuat daripada
penguasa masyarakat
dan pemerintah berhala musyrik di
mekah.
Walaupun usaha dilakukan
selama 13 tahun untuk
menumbangkan masyarakat
berhala itu dari dalam,
sebenarnya sudah
menjadi sunnatullah bahawa untuk
menumpaskan sesuatu
itu adalah melalui kekuatan yang
dibina dari luar.
Maka Rasulullah pun
menyusun strategi untuk berhijrah
keluar daripada Mekah
untuk mencari tempat di mana
baginda akan dapat
membentuk sebuah masyarakat contoh
dan membina kekuatan
sekiranya rencana penyebaran
risalah Islamiah
dapat tentangan secara militan
daripada orang kafir
dan musuh Islam.
Para sahabat diarahkan
supaya meninjau ke Habsyah dan
lain-lain negara
dan baginda sendiri mencuba ke Thaif.
Peringkat permulaan
tidak mendapat Kejayaan.
Sehinggalah peristiwa
Hijrah Madinah. Disanalah tempat
yang sesuai dan di
situlah bermulanya sejarah
pembentukan masyarakat
dan negara Islam yang ideal.
Bermula dari Madinah-lah
titik tolak pembangunan di
bidang-bidang zahiriah
melalui benih asas iman dan
ukhwah yang disemai
selama 13 tahun di Mekah. Setelah
jalan membentuk dan
mempertingkatkan pembentukan
masyarakat Islam
yang dapat dijadikan contoh terbuka
luas dan bebas di
Madinah, maka dari situlah
Rasulullah merancang
strategi untuk mengembangkan
Islam ke seluruh
dunia.
Islam di waktu itu
telah menjadi umat yang disegani
oleh kawan dan ditakuti
oleh lawan, termasuk kafir
Quraisy sehingga
peristiwa “Futuh Al Makkiah”
(penawanan Mekah)
dilakukan secara damai tanpa
pertumpahan darah.
Demikianlah natijah
daripada hijrah, suatu strategi
yang hanya berjaya
dilakukan oleh pemimpin yang
mempunyai hikmah
dan hemah yang tinggi. Perkara itu
cuma dapat dilakukan
oleh para Nabi dan Rasul dan
orang-orang yang
mendapat pimpinan Ilahi sahaja dari
kalangan orang-orang
yang berjiwa tauhid.