Abu Musa Al Madani
meriwayatkan dari Ibnu Umar
r.a.;"Barangsiapa
yang berpuasa pada hari Asyura (10
Muharram) adalah
seperti berpuasa setahun dan siapa
yangg bersedekah
pada hari Asyura adalah bagiku
bersedekah setahun."
Riwayat Albazzar
Dari Abu Qatadah Al-Anshari
r.a. katanya Rasulullah
s.a.w. ditanya orang
tentang puasa hari arafah (9
Zulhijjah). Jawab
baginda, "Semoga dapat
menghapus dosa tahun
yang lalu dan yang akan datang".
Kemudian Nabi ditanya
pula tentang puasa hari asyura
(10 Muharram). Jawab
baginda, "semoga dapat
menghapus dosa tahun
yang lalu". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya
"Biasanya orang Quraisy pada
masa jahiliah berpuasa
pada hari asyura dan Nabi
s.a.w. pun berpuasa.
Ketika Baginda tiba di Madinah,
Baginda juga berpuasa
pada hari asyura dan menyuruh
orang lain berpuasa
juga". (Sahih Muslim)
Dari Salamah bin Akwa
r.a. dia menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w.
mengutus seorang lelaki suku Aslam
pada hari Asyura
dan memerintahkan kepadanya supaya
mengumumkan kepada
orang ramai, "Sesiapa yang belum
puasa hari ini hendaklahlah
dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur
makan hendaklahlah dia puasa juga
sejak mendengar pemgumuman
ini sampai malam". (Sahih
Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a
katanya, " Penduduk Khaibar
berpuasa pada hari
asyura dan menjadikannya sebagai
hari raya, dimana
wanita mereka memakai perhiasan dan
pakaian yang indah
pada hari itu. Lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda,
"Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih
Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a.
katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba
di Madinah, Baginda
melihat orang yahudi berpuasa pada
hari asyura. Nabi
pun bertanya, "Hari apa ini ?".
Jawab mereka, "Hari
ini ialah hari yang baik. Pada
hari ini Allah melepaskan
Bani Israil dari musuh
mereka, kerana itu
Nabi Musa berpuasa kerananya".
Sabda Nabi, "Aku
lebih berhak daripada kamu dengan
Musa". Oleh itu Nabi
berpuasa dan menyuruh orang lain
berpuasa pada hari
asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w.
bersabda; "Berpuasa kamu pada hari
ke sembilan dan sepuluh
Muharam dan jangan meniru cara
orang-orang Yahudi."
- Riwayat Al Baihaqi