TAZKIRAH HIJRAH
Hijrah kita bukan
hijrah naik unta,
mencari tempat selamat
untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita
hijrah hati
ubah sikap dan baiki
diri...
Bukan tempat jadi
halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum
tertempa untuk jinak
dan bermanja dengan
Penciptanya.
Hijrah kita tanpa
unta,
tanpa perlu berjalan
di tengah panas membara,
tanpa perlu takut
dikejar musuh durjana,
tapi... Hijrah dari
alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam
jaga.
Dari fantasi ke alam
realiti.
Inilah kehidupan
yang sementara
sebelum kita hadir
ke alam hakiki yang kekal abadi.
Hijrahlah kita dari
sikap tidak baik
kepada sikap yang
baik.
Kerana terlalu banyak
sikap tak baik
yang kita masih jaga
dengan baik.
Di pejabat...
suami/isteri orang
pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini
dah tak rasa berdosa
lagi
orang Kedah kata
dah "mangli"
Sedangkan malaikat
tetap tidak peduli
sentiasa mencatit
segala amal diri
yang mulia atau keji...
Suka buang masa pun
perlu kita hindari
maklum saja zaman
IT
dok chatting tak
henti
guna komputer yang
majikan bagi
soal amanah dah tolak
tepi
dah tak ingat mati
bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah
ke rumah baru
Benda tak berguna
jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong
sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik
dan yang berguna
saja kita bawa.
Demikian penghijrahan
diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang
berserabut dan berdebu
buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka
menunjuk, suka menyibuk,
suka menyampuk, suka
mengamuk...
janganlah kita simpan
lagi
perangai-perangai
ini
macam memelihara
barang antik
yang kita perasan
cantik dan antik,
tapi orang lain rasa
benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan
penyakit kanser,
semakin dipendam
semakin parah.
Kalau kita masih
sayang
dan nak sehidup semati
dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah
yang menjelma,
sambutlah dengan
azam dan semangat baru...
dari yang tak baik
berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik,
kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan
menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan
usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita
yang terakhir...
dari dunia yang fana'
ini
ke Alam Baqa yang
kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn"
untuk kita lagi!