Mari kita semak solat
fardu kita ( utk peringatan sesama ).
Yang mana satu (
atau lebih ) agaknya kategori kita berada
Selamat Menyemak...
1. Solat tapi bila
rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima
waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh
gajah (solat ketika matahri terbit )
3. Solat lima waktu
tetapi solat subuh selalunya diqadha masa
solat zohor.
4. Solat cukup lima
waktu tetapi selalu lewat,contohnya solat
zohor bila dah hampir sampai waktu asar,solat maghrib dah dekat
waktu Isyak
5. Solat subuh dalam
waktunya bila hari kerja sahaja ,hari minggu
atau cuti umum,solat subuh tu diqadha ( tak bangun le tu..)
6. Solat cukup lima
waktu tetapi amat jarang atau pun tidak
pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup
lima waktu,tetapi solat sunat terawih di
bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima
waktu tetapi selalunya di rumah , amat
jarang atau pun tidak pernah solat di masjid / surau ( bagi
lelaki )
9. Solat cukup lima
waktu tetapi kurang berusaha menjaga
khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam..
10. Sentiasa berusaha
solat di masjid / surau secara berjemaah
termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha
menunaikan solat sunat sesudah dan
sebelum solat fardhu.
12. Solat lima waktu
tetapi bila deman atau sakit sikit
sahaja , solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solat lima waktu
tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila
balik kampung ) , solat ditinggalkan , qadha kemudian bila
sampai
rumah.
14. Solat sekali
seminggu , solat Jumaat sahaja. <--- ade yang
tersinggung tak.....nie selalunya utk sang hero lah.....dia
pergi pun pasal member yg lain pergi
15. Solat bila ada
masalah
16. Solat bila orang
di sekeliling solat , kalau tidak buat tak
tahu aje.
17. Solat sebulan
sekali.
18. Solat setahun
sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil
fitri.
19. Solat seumur
hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila
dah meninggal.
20. Tak pernah solat
langsung...sedar-sedar dah meninggal ! ! !
Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang
paling asasi dalam Islam.Di akhirat kelak pekara
yang pertama sekali ditanya oleh Allah adalah solat.Jika
sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan
yang lain.Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat,
haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.
Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di
akhirat dan seksaan
kubur yang di kenakan terhadap
orang yang meninggalkan
solat.
Solat fardhu wajib
ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan
selagi masih
<---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal
lagik waras.Ianya
tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa
keadaan sekali pun
kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan
sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang
boleh bergerak maka
solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu
dengan menggunakan
isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga
solat kita
dengan sungguh-sungguh.Solat yang
terbaik ialah solat
dimasjid/surau ( bagi lelaki ) secara
berjemaah dengan
menjaga kekusyhukannya , bacaannya
serta rukunnya mengambil
wudhu' secara sempurna.
Semoga Allah memberi
kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat
kita
wassalam