Waktu membacanya :
Doa ini dibaca 3
kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1
Muharram
Kelebihan membacanya
:
Sesiapa yang membaca
doa ini maka akan berkata syaitan :
"Telah amanlah anak
Adam daripada godaanku pada tahun ini
kerana Allah telah
mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah
syaitan."
DOA :
Segala puji hanya
bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian
alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli
keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah , Engkaulah
yang kekal abadi untuk selama2nya.
Demi kelebihanmu
yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah ,
sesungguhnya pada
tahun ini aku memohon kepadaMu
perlindungan daripada
syaitan yang direjam,
dari sekalian kuncunya
, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon
perlindungan daripada nafsu amarah yang
sentiasa mendorong
ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada
mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,
serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya
bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian
alam,..Amin...
DOA AKHIR TAHUN
Waktu membacanya :
Doa ini dibaca 3
kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk
Maghrib pada akhir
bulan Zulhijjah.
Kelebihan membacanya
:
Sesiapa yang membaca
doa ini maka akan berkata syaitan :
"Kesusahan bagiku
dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam
pada tahun ini dan
Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.
Dengan membaca doa
ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."
DOA :
Segala puji hanya
bagi Allah , tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian
alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kemi Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah , sesungguhnya
pada tahun ini aku telah melakukan
laranganmu tetapi
aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara
itu.Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.Engkau
telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahn itu.
Sesungguhnya pada
hari ini aku bermohon keampunan dariMu ,
ampunilah aku dan
apa yang telah aku lakukan pada tahun ini
yang Engkau rdai
dan aEngkau janjikan pahala makan aku memohonnya daripada Engkau.Ya Allah
, Ya Karim , Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam
ke atas junjugan kami Nabi Muhammad s.a.w
serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya
bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian
alam..... Aminnn
Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( . )
(,,,)-(,,,)