Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
10.  Pendahuluan

        Dalam masyarakat sekarang amalan bersalaman antara seorang
individu dengan individu yang lain sering berlaku sama ada dalam waktu-waktu biasa ataupun dalam upacara-upacara rasmi seperti perasmian, konvokesyen dan sebagainya.

Amalan ini bukan sahaja berlaku antara lelaki dengan lelaki
atau antara wanita dengan dengan wanita tetapi ia juga berlaku di antara
lelaki dan wanita sepertimana yang biasa kita lihat sekarang.

2. Hukum Bersalaman

         Dalam Islam amalan bersalaman merupakan perkara yang dihukumkan
sebagai amalan yang digalakkan pada setiap kali pertemuan atau
perjumpaan yang berlaku di antara dua orang atau pun lebih. Sabda Rasulullah dalam hadis riwayat Abu Dawud daripada al-Barra` bin `Azib:

Bermaksud: Apabila dua orang muslim berjumpa(di antara satu
sama lain) maka hendaklah ia bersalam-salaman, memuji Allah dan meminta
keampunan-Nya nescaya Allah akan mengampunkan mereka.

        Bersalaman adalah harus sekiranya ia berlaku di antara lelaki
dengan lelaki dan wanita dengan wanita, Hukum bersalaman ini masih dihukumkan sebagai harus walaupun perbuatan tersebut antara seorang muslim dengan orang kafir.Namun begitu hukum harus ini akan berubah sekiranya amalan tersebut berlaku antara lelaki dan wanita.

3. Hukum Bersalaman Antara lelaki dan Wanita

Dalam masalah ini terdapat dua kecenderungan di kalangan para
ulamak::

i. Ada pendapat yang mengatakan haram sama sekali jika
bersalaman itu berlaku tanpa alasan, tanpa membezakan bersalaman tersebut diringi dengan nafsu ataupun tidak. Sekiranya perbuatan tersebut dengan beralas maka tiada yang menghukumkan sebagai harus dan ada yang menghukumkan sebagai tidak harus.

ii. Pendapat sebahgian ulamak mutaakhir di Mesir, menurut mereka
bersalaman itu adalah harus jika ia tidak bermaksud melayani nafsu ataupun
membangkitkannya.

4. Pendalilan

Pendapat pertama
Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.a.

Bermaksud: Nabi telah mengadakan bai`ah dengan orang-orang
perempuan melalui ucapan dengan ayat ini "janganlah perempuan-perempuan
menyegutukan Allah dengan sesuatu dan tangan Rasulullah tidak menyentuh
tangan seorang perempuan pun kecuali perempuan yang dimiliki.

Pendapat ini juga disokong dengan sebuah hadis riwayat Imam
Ahmad Daripada Umaimah binti Raqiqah

Bermaksud: saya telah datang kepada Rasulullah untuk berbai`ah
dengan Baginda, lalu Baginda mengamanatkan kami dengan suruhan al-
Quan, iaitu janganlah kami menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sehingga
sampai kepada firmanNya " dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik(al-Mumtahanah:12) lalu Baginda bersabda" Pada perkara-
perkara yang kamu berupaya melaksanakannya sahaja" kami menjawab " Allah dan rasulNya amat mengasihani kami daripada diri kami sendiri. Bolehlah kita bersalam.

        Sabda Baginda " sesungguhnya saya tidak bersalaman dengan orang-
orang perempuan . Ucapan saya untuk seratus orang perempuan adalah
sama dengan ucapan saya untuk seorang perempuan.

Pendapat ini disokong juga denga sebuah hadis daripada al-
Tabrani,bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Jika seseorang dikalangan kamu ditikam dengan jarum besi
sekalipun maka itu adalah lebih baik daripada baginya daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal kepadanya.

Pendapat kedua

Catatan al-Qastallani yang dipetik daripada kitab Fath al-Bari,
beliau berkata "terdapat beberapa buah hadis lain mengenai sahabiyyat terawal, dan menurut hadis-hadis tersebut mereka telah memegang tangan Baginda ketika melakukan bai`ah dengan beralaskan sehelai kain, Hadis-hadis itu diriwayatkan oleh Ibn Salam di dalam Tafsirnya daripada al-Sha`bi. Menurut al-Qurtubi dalam tafsirnya " Telah diriwayatkan bahawa
Nabi s.a.w.telah mengadakan bai`ah dengan sekumpulan perempuan , di antara dua tangan baginda terdapat sehelai kain yang dijadikan alas,(iaitu ketika Baginda menyebut syarat-syarat bai`ah yang mereka patuhi.

5. Analisa Dalil

Melihat kepada percanggahan pendapat dan hujjah bagi kedua-dua
belah pihak menyebabkan sebahagian ulama` menolak hukum haram bersalaman di antara seorang lelaki ajnabi dengan seorang wanita ajnabiyyah, mereka menegaskan:

i. Hukum haram dalam sesuatu perkara wajiblah berdasarkan
kepada dalil yang qat`I, tetapi di dalam masalah yang kita bincangkan ini tidak ada satu dalil pun sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah yang
secara putus menunjukkan hukum haram.

ii. Bersalaman itu jika hukumnya adalah haram dengan nas syara`
yang qat`I, tentulah ulama` tidak akan berselisih pendapat tentang kesannya
terhadap pembatalan wuduk. Wujudnya perselisihan pendapat di kalangan
mereka menunjukkan bahawa masalah ini tidak ada dalil qat`I yang
mengharamkannya, dan tidak ada seorang pun imam mazhab yang secara muktamad mengatakan haram bersalaman seorang lelaki dengan seorang wanita.Mereka menegaskan lagi, tentang terdapat beberapa buah hadis
yang menunjukkan Baginda mengadakan bai`ah dengan orang-orang
perempuan melalui ucapan sahaja, tangan Baginda tidak pernah pun menyentuh tangan sesiapa antara mereka. Hadis tersebut pada pendapat mereka merupakan sunnah khas bagi Rasulullah sahaja, ia bukan merupakan hukum umum yang meliputi ke semua umatnya.

Terdapat dua hadis yang menyokong pendapat ini:

i. Menurut catatan al-Qurtubi, ketika Nabi s.a.w selesai
mengadakan bai`ah bersama kaum lelaki, Baginda duduk di atas Bukit al-Safa, bersama-sama Baginda ialah Saidina Umar yang duduk lebih rendah sedikit daripada Baginda, lalu baginda menyebut beberapa perkara yang menjadi syarat kepada bai`ah dengan orang-orang perempuan , dan Umar pada masa itu bersalaman dengan mereka.

Mereka berhujah mengatakan kalaulah bersalaman itu haram ke
atas kesemua kaum muslimin tentulah umar tidak bersalaman dengan perempuan- perempuan dalam peristiwa tersebut, dan tentulah Nabi akan melarang Umar daripada melakukannya.

ii. Ibn Jarir al-Tabari mencatatkan bahawa Umm `Atiyyah seorang
sahabiyah yang ulung telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w semasa Baginda sampai di Madinah, Baginda telah mengumpulkan orang-orang perempuan Ansar dalamsebuah rumah, kemudian Baginda menghantarkan Umar kepada mereka,Apabila Umar sampai, Beliau berdiri di hadapan pintu rumah itu sambil memberi salam kepada mereka, lalu mereka menjawab salamnya. Sesudah itu Umar berkata,"saya adalah utusan Rasulullah kepada kamu." Mereka menjawab, " selamat datang utusan Rasulullah, Umar berkata: "(setujukah) kamu mengadakan bai`ah dengan tidak menyegutukan allah, tidak membazir dan tidak melakukan perbuatan zina?" Mereka menjawab: "ya!". Lalu Umar menghulurkan tangannya daripada luar rumah dan mereka mereka pula menghulurkan tangan masing-masing dari dalam rumah. Kemudian beliau berkata: "ya Allah saksikanlah.

                Peristiwa bai`ah ini menggambarkan bahawa Umar menghulurkan
tangannya daripada luar rumah dan mereka (perempuan) menghulurkan tangan meeka dari dalam rumah untuk bersalaman bagi mengukuhkan bai`ah yang sedang berlangsung.

6. Kesimpulan

               Daripada pembentangan dua buah hadis di atas ternyata bahawa
tidak  terdapat sunnah Qauliyyah(ucapan Baginda) yang mengharamkan perbuatan bersalaman di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki ajnabi. Maka dengan itu pendapat yang mengatakan haram adalah satu pendapat yang tidak kuat dalil-dalilnya dan tidak boleh dijadikan sebagai pegangan.

               Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa bersalaman itu
biarpun tidak mempunyai nas yang qat`I yang mengharamkannya, tetapi amatlah wajar ia tidak diamalkan melainkan dalam sesuatu munasabah yang tidak dapat dielakkan dan yang ada kepentingan bagi diri kita di samping
mengelak perkara-perkara yang boleh membawa fitnah.

7. Rujukan

Muhammad Atiyyah Khamis, Fiqh al-Nisa`, Qaherah: Dar-Ansar,
edisi II,1979.

Abu Tayyib Muhammad Sham al-Haq al-Asim Abadi, `Aun al-Ma`bud,
al-Madinah:

al-Maktabah al-Salafiyah, edisi II 1969.
Al-Sharabasi, Yasalunak, Beirut: Dar al-Jail, 1977.
Nota-nota Universiti Malaya.
 

Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
      ()""()
     (  'o' )
==(,,)=(,,)==
     (   .  )
    (,,,)-(,,,)