SESUATU YANG MENJADI KEYAKINAN ITU HANYA DIANGGAP KEBENARAN
BILA IA SESUAI DENGAN
ILMU. KALAU IA TIDAK SESUAI DENGAN ILMU, IA TIDAK DIANGGAP KEBENARAN,walaupun
kita meyakininya sebagai satu kebenaran. Ibarat orang yang menangkap ular
tapi disangka haruan. Bila dibahaskan dengan ilmu, ternyata apa yang ditangkap
itu bukan haruan tetapi ular. Ini bermakna, keyakinannya itu tidak berasaskan
ilmu. Sekadar yakin pada sesuatu itu tidak semestinya menunjukkan perkara
yang diyakini itu satu kebenaran. la mesti diuji dengan ilmu, pengalaman
dan kajian-kajian.
Oleh itu, kalau kita mahu membuktikan kebenaran sesuatu kitab
yang menjadi pegangan
mana-mana penganut agama hari ini, kita perlu
menyuluhnya dengan
ilmu. Sesuatu kebenaran itu mesti boleh diperkatakan dengan ilmu, barulah
boleh diterima sebagai kebenaran.
Di sini kita akan
bahaskan secara umum, bagaimana untuk
membuktikan sesuatu
kitab itu benar-benar daripada ALLAH atau tidak.
1. Sesuai Dengan Fitrah
Kitab yang benar-benar
membawa ajaran yang sesuai dengan
fitrah. Kalau ia
tidak sesuai dengan fitrah, itu bukanlah ilmu. Kenapa mesti
sesuai dengan fitrah?
Sebab ALLAH datangkan kitab atau peraturan itu sebagai rahmat untuk kebahagiaan
manusia. Supaya apa yang ALLAH suruh atau perintahkan, disetujui oleh hati.
Begitu juga apa yang ALLAH larang, hati turut menyetujuinya; memang patut
ia dilarang.
Sebagai contoh, kalau ada kitab yang mengharamkan perkahwinan,
kita perlu tanya
hati kecil atau fitrah hati kita; apakah fitrah manusia
tidak ingin pada
perkahwinan? Apakah dengan berkahwin itu hati rasa seronok atau sebaliknya?
Sebenarnya semua manusia ingin pada perkahwinan. Kalaulah ada kitab yang
mengatakan perkahwinan itu tidak dibolehkan, bukankah ini menyeksa jiwa?
Dan bukankah ini menafikan rahmatil `alamin (rahmat untuk sekalian alam)?
Kalau dengan mengamalkan ajaran kitab itu tidak terasa rahmatil `alamin,
bermakna kitab itu bukan asli lagi. la bukan kitab yang membawa kebenaran.
2. Ada Teguran ALLAH
Dalam kitab yang benar-benar membawa kebenaran, ALLAH ada
memberi teguran kepada
rasul yang ditugaskan membawa kitab itu. Ini sebagai satu didikan atau
pimpinan dari ALLAH untuk rasul berkenaan, kerana sebagai manusia biasa,
kalau ALLAH tidak pimpin, pasti dia akan tersilap. Jadi pimpinan ALLAH
itu termasuklah teguran yang disampaikan melalui kitab.
Kalau dalam sebuah kitab yang dikatakan membawa kebenaran itu tidak terdapat teguran dari ALLAH kepada rasul, ini bermakna kitab itu bukan kitab asli tetapi sudah diubah suai isi kandungannya. Atau ia merupakan kitab yang direka sendiri, bukan yang datang dari ALLAH.
3. Sesuai Dengan Akal
Syariat yang dibawa oleh kitab itu boleh dihujah dengan akal.
Bila dihujah, terasa
munasabahnya. Misalnya, perintah suruh yang terdapat
dalam kitab itu
sangat munasabah bila
dipadankan dengan akal. Begitu juga
perintah larang,kalau
dihujah dengan akal sangat munasabah. Sebaliknya, kalau
syariat yang dibawa itu
tidak munasabah bila dihujah dengan akal, ini
menunjukkan kitab
itu bukan membawa kebenaran
tetapi membawa kepalsuan.
4. Tidak Dapat Ditiru
Kitab yang benar datang daripada ALLAH tidak dapat ditiru
walaupun oleh orang
yang paling bijak sekalipun. Kalau kitab itu boleh
ditiru, itu tandanya
ia bukan datang dari ALLAH. Mana mungkin perbahasan
ALLAH dapat ditiru
oleh manusia?
5. Bahasa Mudah Tapi Tak Boleh Ditipu
Bahasa yang digunakan mudah tetapi itupun tidak boleh ditiru
oleh manusia.Kalau
bahasa dalam kitab itu sulit tapi boleh tiru, ini
menunjukkan kitab
itu bukan datang daripada ALLAH. Atas dasar rahmat dari ALLAH, kitab yang
diutuskan-Nya kepada manusia mudah difahami, tapi tidak boleh ditiru. Ini
satu keajaipan daripada ALLAH.
6. Menceritakan Sejarah Rasul Sebelumnya
Isi kitab itu dari ayat ke ayat, dari halaman ke halaman dan
dari juz ke juz tidak
berlawanan antara satu sama lain. Dan kitab itu ada
menceritakan tentang
utusan atau rasul selain daripada rasul yang membawa kitab itu.Kerana rasul
yang diutus oleh ALLAH itu bersambung-sambung dari
seorang ke seorang
sampailah kepada Rasul Penutup, Nabi Muhammad SAW. Jadi kalau dalam kitab
itu tidak ada menceritakan tentang rasul yang akan
menyambung tugas
membawa kebenaran, itu menunjukkan kitab itu tidak benar. la direka-reka
oleh manusia, bukan dibawa oleh rasul.
7. Mengikut Perkembangan Masa
Syariat yang ALLAH turunkan melalui kitab itu tidak terus
lengkap, sesuai dengan
perkembangan manusia. Misalnya, di zaman Nabi Adam, syariat membolehkan
perkahwinan antara adik-beradik, kerana waktu itu manusia belum ramai.
Kalau waktu itu tidak dibenarkan berkahwin antara adik-beradik,ertinya
tidak berlaku perkahwinan, sedangkan keinginan pada
perkahwinan adalah
fitrah. Tetapi kemudian dari itu, apabila manusia sudah
ramai, tidak dibenarkan
lagi manusia berkahwin antara adik-beradik.
8. Ajarannya Khusus Untuk Satu Kaum
Kebenaran yang dibawa oleh kitab yang datang dari ALLAH itu
tidak terus ditujukan
kepada semua kaum di dunia, tetapi ditujukan kepada
satu-satu kaum saja.
Dengan kata lain, sebelum ALLAH datangkan kitab yang
ditujukan kepada
semua kaum, secara beransur-ansur
ALLAH turunkan kitab yang ditujukan
kepada satu-satu kaum. Kerana kalaulah daripada awal-awal lagi rasul
itu mesti menyampaikan
kepada semua orang di seluruh dunia, ini akan menyulitkan.Waktu
dulu perhubungan sulit, sukar bagi rasul untuk pergi
menjelajah ke
semua tempat. Sebab itu
rasul-rasul yang datang silih berganti
itu diutuskan
pada satu-satu kaum saja.
Hanya rasul yang terakhir sekali
(Nabi Muhammad SAW)
diutuskan untuk semua bangsa atau kaum, kerana waktu itu
perhubungan sudah agak
mudah. Sama ada mudah bagi rasul itu bertemu dengan orang
atau orang bertemu dengannya.
Jadi, hanya Rasulullah SAW saja yang membawa ajaran untuk semua
kaum dan bangsa,
manakala rasul-rasul yang lain tidak. Kalau ada kitab
selain dari yang
dibawa oleh Rasulullah, yang isinya ditujukan untuk semua
kaum, maka ini menunjukkan
kitab itu bukan datang dari ALLAH. Kitab itu
nyata membawa kepalsuan.
Tapi kenapa ajaran dalam semua agama sekarang ini mahu
melibatkan semua kaum? Sedangkan sewaktu didatangkan dulu, kitab-kitab
selain dari yang dibawa
oleh Rasulullah SAW tidak begitu kedudukannya; ia hanya
khusus untuk satu-satu
bangsa atau kaum saja.
9. Ramalannya Tepat
Apa yang disebut di dalam kitab itu mengenai apa yang akan
berlaku pada masa
depan, mesti benar-benar berlaku. Kalau ia tidak berlaku, itu
tandanya kitab itu bukan
kitab yang benar.
10. Tiada Tokok-Tambah
Tidak boleh ada campurtangan sebarang orang dalam penyampaian
kitab itu, sekalipun
oleh rasul yang membawanya. Tidak boleh ada ubah-suai
atau
tokok-tambah. Sebagaimana
ALLAH sampaikan, begitulah rasul
sampaikan. Kalau
ada tokok tambah, itu bukan kitab yang asli.
ITULAH asas-asas sebagai bahan berfikir, bagi membezakan kitab
yang membawa kebenaran
dengan kitab yang palsu.
10. 1. Pendahuluan
Dalam masyarakat sekarang amalan bersalaman antara seorang
individu dengan individu
yang lain sering berlaku sama ada dalam waktu-waktu biasa
ataupun dalam upacara-upacara rasmi seperti perasmian, konvokesyen dan
sebagainya.Amalan ini
bukan sahaja berlaku antara lelaki dengan lelaki atau
antara wanita dengan dengan wanita tetapi ia juga berlaku di antara
lelaki dan wanita sepertimana
yang biasa kita lihat sekarang.
2. Hukum Bersalaman
Dalam Islam amalan bersalaman merupakan perkara yang dihukumkan
sebagai amalan yang
digalakkan pada setiap kali pertemuan atau
perjumpaan yang berlaku
di antara dua orang atau pun lebih. Sabda Rasulullah
dalam
hadis riwayat Abu Dawud
daripada al-Barra` bin `Azib:
Bermaksud: Apabila
dua orang muslim berjumpa(di antara satu
sama lain) maka
hendaklah ia bersalam-salaman,
memuji Allah dan meminta
keampunan-Nya
nescaya Allah akan mengampunkan
mereka.
Bersalaman adalah
harus sekiranya ia berlaku di antara lelaki
dengan lelaki dan
wanita dengan wanita, Hukum bersalaman ini masih dihukumkan
sebagai harus walaupun
perbuatan tersebut antara seorang muslim dengan orang
kafir.Namun begitu hukum harus ini akan berubah sekiranya amalan
tersebut berlaku antara
lelaki dan wanita.
3. Hukum Bersalaman Antara lelaki dan Wanita
Dalam masalah ini
terdapat dua kecenderungan di kalangan para
ulamak::
i. Ada pendapat yang
mengatakan haram sama sekali jika
bersalaman itu berlaku
tanpa alasan, tanpa membezakan bersalaman tersebut diringi
dengan nafsu ataupun tidak. Sekiranya perbuatan tersebut dengan
beralas maka tiada yang
menghukumkan sebagai harus dan ada yang menghukumkan
sebagai tidak harus.
ii. Pendapat sebahgian
ulamak mutaakhir di Mesir, menurut mereka
bersalaman itu adalah
harus jika ia tidak bermaksud melayani nafsu ataupun
membangkitkannya.
4. Pendalilan
Pendapat pertama
Hadis riwayat Bukhari
daripada Aisyah r.a.
Bermaksud: Nabi telah
mengadakan bai`ah dengan orang-orang
perempuan melalui
ucapan dengan ayat ini "janganlah perempuan-perempuan
menyegutukan
Allah dengan sesuatu
dan tangan Rasulullah tidak menyentuh
tangan
seorang perempuan pun
kecuali perempuan yang dimiliki.
Pendapat ini juga
disokong dengan sebuah hadis riwayat Imam
Ahmad Daripada Umaimah
binti Raqiqah
Bermaksud: saya telah
datang kepada Rasulullah untuk berbai`ah
dengan Baginda, lalu
Baginda mengamanatkan kami dengan suruhan al-
Quan, iaitu janganlah
kami menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sehingga
sampai
kepada firmanNya " dan
tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik(al-Mumtahanah:12)
lalu Baginda bersabda" Pada perkara-
perkara yang
kamu berupaya melaksanakannya
sahaja" kami menjawab " Allah dan rasulNya
amat mengasihani kami daripada diri kami sendiri. Bolehlah kita
bersalam.
Sabda Baginda " sesungguhnya
saya tidak bersalaman dengan orang-
orang perempuan .
Ucapan saya untuk seratus orang perempuan adalah
sama
dengan ucapan saya untuk
seorang perempuan.
Pendapat ini disokong
juga denga sebuah hadis daripada al-
Tabrani,bahawa Rasulullah
bersabda yang bermaksud:
Jika seseorang dikalangan
kamu ditikam dengan jarum besi
sekalipun maka
itu adalah lebih baik
daripada baginya daripada ia menyentuh seorang
wanita yang tidak halal kepadanya.
Pendapat kedua
Catatan al-Qastallani
yang dipetik daripada kitab Fath al-Bari,
beliau berkata ""terdapat
beberapa buah hadis lain mengenai sahabiyyat terawal,
dan menurut hadis-hadis
tersebut mereka telah memegang tangan Baginda ketika
melakukan bai`ah dengan
beralaskan sehelai kain, Hadis-hadis itu diriwayatkan
oleh Ibn Salam di dalam Tafsirnya daripada al-Sha`bi.
Menurut al-Qurtubi
dalam tafsirnya " Telah diriwayatkan bahawa
Nabi s.a.w.
telah mengadakan bai`ah dengan sekumpulan perempuan , di antara
dua tangan baginda terdapat
sehelai kain yang dijadikan alas,(iaitu ketika Baginda
menyebut syarat-syarat bai`ah yang mereka patuhi.
5. Analisa Dalil
Melihat kepada percanggahan pendapat dan hujjah bagi kedua-dua
belah pihak menyebabkan
sebahagian ulama` menolak hukum haram bersalaman di antara seorang lelaki
ajnabi dengan seorang wanita ajnabiyyah, mereka menegaskan:
i. Hukum haram dalam
sesuatu perkara wajiblah berdasarkan
kepada dalil yang
qat`I, tetapi di dalam masalah yang kita bincangkan ini tidak
ada satu dalil pun sama
ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah yang
secara
putus menunjukkan hukum
haram.
ii. Bersalaman itu
jika hukumnya adalah haram dengan nas syara`
yang qat`I,tentulah
ulama` tidak akan berselisih pendapat tentang kesannya
terhadap
pembatalan wuduk. Wujudnya
perselisihan pendapat di kalangan
mereka
menunjukkan bahawa masalah
ini tidak ada dalil qat`I yang
mengharamkannya,dan
tidak ada seorang pun imam mazhab yang secara muktamad
mengatakan haram bersalaman
seorang lelaki dengan seorang wanita.
Mereka menegaskan lagi, tentang terdapat beberapa buah hadis
yang menunjukkan
Baginda mengadakan bai`ah dengan orang-orang
perempuan melalui
ucapan sahaja, tangan Baginda tidak pernah pun menyentuh tangan
sesiapa antara mereka.
Hadis tersebut pada pendapat mereka merupakan sunnah
khas bagi Rasulullah sahaja, ia bukan merupakan hukum umum yang
meliputi ke semua umatnya.
Terdapat dua hadis yang menyokong pendapat ini:
i. Menurut catatan
al-Qurtubi, ketika Nabi s.a.w selesai
mengadakan bai`ah
bersama kaum lelaki, Baginda duduk di atas Bukit al-Safa,
bersama-sama Baginda
ialah Saidina Umar yang duduk lebih rendah sedikit daripada
Baginda, lalu baginda menyebut beberapa perkara yang menjadi
syarat kepada bai`ah
dengan orang-orang perempuan , dan Umar pada masa itu
bersalaman dengan mereka.
Mereka berhujah mengatakan
kalaulah bersalaman itu haram ke
atas kesemua kaum
muslimin tentulah umar tidak bersalaman dengan perempuan-
perempuan dalam peristiwa
tersebut, dan tentulah Nabi akan melarang Umar daripada
melakukannya.
ii. Ibn Jarir al-Tabari
mencatatkan bahawa Umm `Atiyyah seorang
sahabiyah yang ulung
telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w semasa Baginda sampai
di Madinah, Baginda telah mengumpulkan orang-orang perempuan Ansar
dalam sebuah rumah, kemudian
Baginda menghantarkan Umar kepada mereka,Apabila
Umar sampai, Beliau berdiri di hadapan pintu rumah itu sambil
memberi salam
kepada mereka, lalu mereka
menjawab salamnya. Sesudah itu Umar berkata,"saya
adalah utusan Rasulullah kepada kamu." Mereka menjawab, "
selamat datang utusan
Rasulullah, Umar berkata: "(setujukah) kamu mengadakan
bai`ah dengan tidak menyegutukan allah, tidak membazir dan tidak
melakukan perbuatan zina?"
Mereka menjawab: "ya!". Lalu Umar menghulurkan tangannya
daripada luar rumah dan mereka mereka pula menghulurkan tangan
masing-masing dari dalam
rumah. Kemudian beliau berkata: "ya Allah
saksikanlah.
Peristiwa bai`ah ini
menggambarkan bahawa Umar menghulurkan
tangannya daripada
luar rumah dan mereka (perempuan) menghulurkan tangan
meeka dari dalam rumah
untuk bersalaman bagi mengukuhkan bai`ah yang sedang
berlangsung.
6. Kesimpulan
Daripada pembentangan
dua buah hadis di atas ternyata bahawa
tidak
terdapat sunnah Qauliyyah(ucapan
Baginda) yang mengharamkan perbuatan bersalaman
di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki ajnabi. Maka
dengan itu pendapat yang
mengatakan haram adalah satu pendapat yang tidak kuat
dalil-dalilnya dan tidak boleh dijadikan sebagai pegangan.
Oleh itu dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa bersalaman itu
biarpun tidak mempunyai
nas yang qat`I yang mengharamkannya, tetapi amatlah wajar
ia tidak diamalkan melainkan dalam sesuatu munasabah yang tidak
dapat dielakkan dan yang
ada kepentingan bagi diri kita di samping
mengelak
perkara-perkara yang
boleh membawa fitnah.
7. Rujukan
Muhammad Atiyyah Khamis,
Fiqh al-Nisa`, Qaherah: Dar-Ansar,
edisi II,1979.
Abu Tayyib Muhammad
Sham al-Haq al-Asim Abadi, `Aun al-Ma`bud,
al-Madinah: al-Maktabah
al-Salafiyah, edisi II 1969.
Al-Sharabasi, Yasalunak,
Beirut: Dar al-Jail, 1977.
Nota-nota Universiti
Malaya.
Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( . )
(,,,)-(,,,)