Teladan Dari
Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk
IDEOLOGI KAMAL
ATARTUK DI TURKI
1.. Membolehkan
perempuan memakai tudung dengan syarat ;pakai
skirt/ROK.
2.. Membolehkan
lelaki memakai seluar panjang dengan ;syarat pakai
tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.. Menyuruh
wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau
sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang
pertama di Ankara.
4.. Beliau
pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5.. Menggalakkan
minum arak secara terbuka.
6.. Mengarahkan
Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.. Menukar
azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.. Mengambil
arkitek-arkitek dari luar negara untuk ;memodenkan
Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan
tugu-tugunya bandar Turki.
9.. Satu ucapan
beliau di bandar Belikesir di mana ;beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10.. Agama
Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.. Menyerang
Islam secara terbuka dan terang-terangan
12.. Menggubal
undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13.. Menukar
Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14.. Menutup
masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.. Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim
dan fakir miskin.
16.. Membatalkan
undang-undang waris, faraid secara Islam
17.. Menghapus
penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Latin.
18.. Menganggap
dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku
peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya ; "siapa tuhan dan
dimana tuhan tinggal?".
Oleh kerana
takut, askar ;tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah
tuhan". Beliau
tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.
KEMATIAN KAMAL
ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya,
Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga
beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah
berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1.. Didatangkan
penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2.. Sakit jantung
3.. Penyakit
darah tinggi
4.. Panas sepanjang
masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga
terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya ;24jam.
Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan
ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam
mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan
yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan
itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung
jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya
tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan
terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada
9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia.
Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat! beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam,
sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,
mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan
lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya
hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali
lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak
silap dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15
tahun mayatnya
hendak ditanam semula, tapi ;Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi
tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam
dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam
di celah-celah
batu mar-mar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman
dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi
Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Hanya Allah
sahaja yang Maha Mengetahui.
Renung dan
fikirkanlah.