3. 10 Cara Menangi Hati Mertua
Sebaik
sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita
menjadi miliknya.Kalau
dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai
isterinya yang sah.Namun
kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh
anggota keluarganya.
Bagi
yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum
berkahwin, tentu
tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan
keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi
menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan
diri dengan beberapa
tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan
hanya bermula selepas
sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena
gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda
sah sebagai tunangannya, mulakan
berkenal-kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali
luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung,
bawalah buah tangan bersama. Sekurang-
kurangnya dengan
membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu
yang boleh dibuat cenderahati.
Misalnya dengan memberikan
sepasang kain sebagai tanda
kenangan.
3. Kenali sikap sebenar
mertua anda. Tanya kepada pasangan
anda, apa yang disukai
dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang
disukai dan dibenci,
secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan
ketika sudah menjadi
ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin,
jangan sesekali anda memarahi anaknya di
hadapan mereka. Keadaan
ini memberikan gambaran sebenar sikap anda
terhadap anak mereka.
Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mertua.
5. Setiap kali bertandang,
cuba mengambil hatinya dengan
bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita
dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda
bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat
dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam,
anda juga harus belajar
bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak
salah anda cuba belajar
memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan
apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil
lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari
penting seperti ketibaan Hari Ibu,
Ulang Tahun Perkahwinan,
Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan sesuatu.
Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan
membawa hadiah.Atau
anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting,
jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda
seorang yang 'mulut
lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang,kerana
mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati
ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai
menyinggungperasaan
keluarga mertua.
9. Setelah selesai
majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang
membantu mengemaskan
apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri.
Pasti banyak barang yang patut
dibasuh seperti periuk,
kuali, gelas atau pinggan mangkuk.
Walaupun anda keletihan,
tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis
dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau
luar rumah.
10. Akhir sekali,
cuba mengasihani keluarga mertua seperti
anda menyayangi keluarga
sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya
hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Walaupun jika ditakdirkan
anda tiada jodoh dengan anak mereka,
pastikan anda sentiasa
menghubungi sekadar bertanya khabar.