Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
2. Subject: AJAL

Assalamu'alaikum

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah
satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya ari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat nerakayang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulutorang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan
ini mengusapkepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari
arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah
mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihatbeberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana
takutkan
Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja
melihat Asma
Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah
mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah
ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh
tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita
bersama.
Wassallam. Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara
Islam yang
lain. Ilmu yang bermanfaatialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang
yang mengajarnya meskipun
dia sudah mati.