Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

( 37 ) KISAH PERKAHWINAN RASULULLAH S.A.W. DENGAN ZAINAB

Anas bin Malik r.a. memberitahu bahawa:”Setelah Rasulullahs.a.w. menikah dengan Zainab, beliau pergi ke rumah para isteri beliau.”Berkata Anas lagi:”Sementara itu ibuku Ummu Sulaim sibuk membuat kuih untuk dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w. lalu ibuku berkata:”Wahai Anas! Pergilah kamu ke rumah Rasulullah s.a.w. dan katakan kepada beliau bahawa ini adalah pemberian dariku.” Aku segera pergi pergi ke rumah beliau dan terus menyerahkan kuih yang diberi oleh ibuku sambil aku berkata:”Ibu mengirim kuih yang diperbuat olehnya sendiri untuk anda dan ibuku juga mengirim salam pada anda.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:”Letakkanlah kuih-kuih itu di situ, kemudian pergilah kamu memanggil orang-orang yang kusebutkan ini dan sesiapa saja yang kamu jumpai.”Maka aku pun pergi mengundang orang-orang yang Rasulullah s.a.w. sebut serta orang-orang yang aku bertemu dengan mereka.Abi Usman bertanya kepada ku:”Wahai Anas! Berapa ramaikah orang yang kamu undang”. Aku berkata: Aku mengundang seramai 300 orang”.

Apabila orang ramai yang diundang telah datang maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:”Buatlah kelompok-kelompok, yakni satu kelompok 10 orang”. Maka orang ramai pun makanlah kuih yang dihidang dengan kenyang.Apabila satu kelompok habis makan maka kelompok yang lain pula makan sehingga kesemua mereka makan.

Setelah itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:”Wahai Anas! Angkatlah bekas-bekas tersebut, maka aku pun mengangkat bekas sisa makanan tersebut, aku tidak tahu adakah kuih yang aku hidang itu banyak atau ianya bertambah ketika aku angkat.Setelah semuanya telah aku angkat, maka aku lihat masih ada beberapa orang yang masih duduk di rumah Rasulullah s.a.w. sambil bercakap-cakap, sehingga Zainab isteri baru Rasulullah s.a.w. memalingkan mukanya ke dinding, hal ini sesungguhnya telah menyusahkan beliau, maka beliau pun keluar menuju ke rumah isteri-isterinya yang lain.Setelah beliau kembali, dilihatnya mereka masih lagi berada di situ, sebaik saja mereka melihat Rasulullah s.a.w. telah kembali maka tahulah mereka bahawa mereka telah menyusahkan beliau, lalu mereka pun segera keluar.

Rasulullah s.a.w. lalu masuk dan menutup tabir, ketika itu aku masih duduk diruang tamu, Rasulullah s.a.w. datang menemuiku dan dikala itu turun wahyu yang berbunyi:”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk kedalam rumah Nabi, kecuali jika kamu telah diizinkan untuk makan, tanpa menunggu-nunggu masak makanan, tetapi apabila kamu diundang hendaklah kamu keluar masuk dan apabila sudah makan, hendaklah kamu keluar tanpa beramah-tamah dengan percakapan(cakap-cakap kosong).Sesungguhnya demikian itu menyakiti hati Nabi, tetapi ia malu (mencegah) kamu, dan Allah tidak malu (menerangkan) kebenaran. Apabila kamu meminta sesuatu hajat kepada isteri-isteri Nabi itu, hendaklah meminta dari balik dinding (layar). Demikian itu lebih mensucikan hatimu dan hati mereka.Kamu tidak boleh menyakiti Rasulullah dan tidak pula mengahwini isteri-isteri sesudah wafatnya selama-lamanya.Sesungguhnya demikian itu  (dosa) besar di sisi Allah.(Surah Al-Ahzab ayat 53) sebaik saja ini diturunkan,maka Rasulullah s.a.w. pun keluar dan menyebarkan kepada orang ramai.

SEKIAN.