Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

( 35 ) KISAH MENINGGALNYA PUTERA RASULULLAH S.A.W. YANG DIKAITKAN DENGAN GERHANA MATAHARI.

Jabir r.a berkata:” Di masa Rasulullah s.a.w. kebetulan dengan wafatnya putera Rasulullah s.a.w. telah berlaku gerhana matahari, oleh kerana gerhana matahari itu berlaku, kebetulan wafatnya putera baginda yang bernama Ibrahim maka orang ramai pon menyangka bahawa gerhana matahari itu terjadi disebabkan oleh hal tersebut.Rasulullah s.a.w. berdiri lalu sembahyang dengan orang ramai sebanyak 6 kali rukuk dan 4 kali sujud.Mula-mula beliau sujud. Mula-mula beliau takbir, kemudian membaca ayat dengan memanjangkan bacaannya, kemudian beliau rukuk, lamanya beliau rukuk adalah sama dengan beliau berdiri, kemudian beliau mengangkat kepala dari rukuk(iktidal), lalu beliau membaca ayat, tetapi tidak sepanjang ayat yang pertama.

Setelah itu beliau rukuk,lama beliau rukuk ialah lama sebagaimana beliau berdiri, kemudian iktidal lalu beliau membaca ayat,ayat yang beliau baca tidaklah sepanjang ayat kedua, setelah itu beliau rukuk,lamanya beliau rukuk adalah sebagaimana beliau sendiri, kemudian beliau sujud dua kali.

Kemudian beliau berdiri dan sesudah itu beliau rukuk pula tiga kali dan bacaannya setiap rakaat yang pertama lebih panjang daripada yang sesudahnya.Lama beliau adalah sama dengan beliau sujud. Kemudian beliau berundur, maka berundurlah seluruh syaf di belakang beliau, sehingga sampai ke dekat syaf kaum wanita.Kemudian beliau maju di hadapan, maka ke semua jemaah yang mengikuti beliau maju ke depan sehingga sampai kembali ke tempat asal.

Sebaik saja selesai sembahyang gerhana matahari dan matahari kembali terang, maka dalam khutbah Rasulullah s.a.w. berkata:”Wahai manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti diantara sekian banyak bukti kebesaran Allah swt. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia, oleh itu apabila kamu melihat gerhana itu, hendaklah kamu sembahyang sehingga cuaca menjadi terang kembali.Segala yang Allah swt. Janjikan telah diperlihatkannya kepada ku dalam sembahyang tadi. Diperlihatkan nya kepada ku tentang neraka iaitu ketika kamu melihat aku undur ke belakang, kerana aku takut terkena jilatan api neraka, sehingga aku nampak sipengait mengait mangsanya ke dalam neraka. Dia mengait orang haji dengan kaitannya, kalau orang tanya kepadanya mengapa ia mengait, maka ia berkata:”Aku tak sengaja, kerana hanya menyangkut pada kaitanku.Tetapi jika orang lengah, dia kait lagi.”Aku juga melihat seorang wanita memiliki seekor kucing,dia mengikat kucing itu dengan tidak memberi kucing itu makan dan tidak pula melepaskannya supaya kucing itu dapat mencari makan dengan sendiri.

Kemudian aku diperlihatkan pula syurga, yakni sewaktu kamu melihat aku maju ke hadapan, sehingga aku berdiri di tempatku ini, aku menjangkaukan tanganku untuk mengambil buah-buahan, supaya kamu semua dapat melihatnya tetapi aku tidak dapat melakukannya, tidak ada sesuatu yang telah dijanjikan Allah melainkan aku melihatnya dalam sembahyang tadi.”

SEKIAN