Al-Ashma 'i radhiallahu-anhu bercerita;
Sekali
peristiwa, bila saya mengikuti suatu rombongan pergi ke Mekkah untuk naik
Haji, dengan mengenderai unta di tengah-tengah padang pasir, tiba-tiba
muncullah seekor singa yang sangat besar menghadang jalan kami. Rombongan
haji itu terpaksa berhenti secara spontan, tidak berani meneruskan perjalanan
lagi. Orang-orang dalam rombongan itu semuanya kelam-kabut dan kecoh kerana
takut kepada singa itu.
SEKADAR
GAMBAR HIASAN
Saya
pun memanggil pengawal kami untuk mengusir binatang itu, namun tidak berhasil,
justeru pengawal itu pun takut kepada singa itu.
"Tidak
adakah di antara kamu sekelian seorang yang berani mengusir singa ini dari
menghalang perjalanan kita?"tanyaku kepada pengawal itu.
Tiba-tiba
aku kedengaran suatu suara yang menjawab, katanya:
"Jika
engkau maksudkan dia itu seorang laki-laki, maka memang kami rasa tidak
ada seorang yang berani di antara kami." Kemudiaan sambungnya lagi: "Tapi
aku kenal diantara kami ini ada seorang wanita yang mungkin dapat mengusir
binatang itu tanpa pedang atau apa-apa senjata pun. Dia ada bersama-sama
kita di dalam rombongan ini!" kata orang itu.
"Di
manakah dia wanita itu?" tanyaku bingung.
"Dia
di dalam tandunya."
Saya
pun segera pergi mendapatkan wanita itu di dalam tandunya, seraya memanggil:
"Ibu!
Kalau tidak keberatan, cuba turunlah dari tandumu ini, dan tolonglah kami
yang dalam rombongan. Ada seekor singa di hadapan kami menghalangi perjalanan
kami!"
"Takutkah
kamu sekelian dengan singa itu, sedang kamu semua orang laki-laki, dan
sekarang kamu datang meminta pertolongan seorang wanita pula," sindir wanita
itu.
Kami
sekelian terpinga-pinga tak tahu apa yang hendak kami jawab, selain mengaku
akan kebenaran kata-kata wanita itu.
SEKADAR
GAMBAR HIASAN
"Ya,
memang kami sekalian takut terhadap binatang buas itu. Kami juga tidak
tahu cara-cara menghalaunya. Mungkin Ibu seorang sajalah yang dapat menghalaunya."
"Baiklah,"
jawabnya. "Tapi aku ni seorang wanita. Apakah kamu sekelian senang jika
aku dilihat oleh singa itu, padahal dia tu singa jantan sedangkan aku ini
seorang wanita?!"
Kami
tidak tahu apa yang hendak dijawab lagi. Mujur ia menyambung lagi:
"Katakanlah
kepada singa itu: Ibu Fatimah menyampaikan salamnya, dan dia bersumpah
dengan Zat yang tidak pernah disentuhi mengantuk, menyingkirlah kau dari
menghalang perjalanan rombongan ini!"
Berkata
Al-Ashma 'i lagi menyambung ceritanya:
"Demi
Allah, belum sempat habis ucapan wanita itu, melainkan singa itu telah
meminggir pergi dari jalan itu, dan lari menghilangkan diri."
Ini
tiada syak lagi menunjukkan bahawa wanita itu diantara orang-orang Sholehah,
yang benar-benar telah mengenali Allah dengan sepenuh makrifat. Moga-moga
Allah memberikan kita manfaat dari cerita yang kita dengar ini, Amin!