Hadis yang dikumpulkan
oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam
kitabnya Ad-Darratun
Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al
'Allamah Mufti Brunei,
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji
Ismail bin Umar Abdul
Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan
beberapa peristiwa
TANDA - TANDA KIAMAT, di antaranya :
1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat
daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),Quran
dilagu - lagukan dan
dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis
cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang
di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan, menguasairumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain - lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain-lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan
mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi
Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga
pecah belah (anak durhaka ibu bapa, isteri
tidak taat suami,
suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara
aniaya berlaku secara terang - terangan
tanpa pembelaan seperti
di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan
kepada orang yang dikenali sahaja.
***** peristiwa -
peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan
menjelang tanda -
tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra).
Tanda - tanda Kiamat
Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku
beberapa
peristiwa
iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan
tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi
pemimpin.
4. tidak amanah dan
zalim.
5. Penzinaan berleluasa
dan dijadikan sumber hidup.
6. perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak
yang tersesat dan terkeluar dari aqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual
agama kerana kepentingan dunia.
9. orang khianat diberi
amanah dan orang amanah diketepikan.
10. alat muzik yang
haram dimainkan oleh orang Islam.
11. arak jadi minuman
seharian (rasmi).
Demikianlah sedikit
dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan
Difikirkan