6.Beberapa
Ibrah Dari Kisah Nabi Daud A.S
· Allah telah memberikan contoh bahwa seseorang yang bagaimana pun besar dan
perkasanya yang hanya menyandarkan diri kepada kekuatan jasmaninya dapat
dikalahkan oleh orang yang lebih lemah dengan hanya sesuatu benda yang tidak
bererti sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fizikal mengalahkan Jalout
yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
· Seorang yang lemah dan miskin tidak patut berputus asa mencari hasil dan
memperoleh kejayaan dalam usaha dan perjuangannya selama ia bersandarkan kepada
takwa dan iman kepada Allah yang akan melindunginya.
· Kemenangan Daud atas Jalout tidak menjadikan dia berlaku sombong dan takabbur,
bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan
mahupun lawan