Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 



 

Satu kolej yang ditubuhkan untuk mewujudkan siswa yang kononnya dapat melahirkan siswa yang cemerlang dan melatih sifat pemimpin dengan peraturan yang mengongkong para siswa.  Adanya Majlis Perwakilan Pelajar hanya supaya dapat 'cukup syarat' bagi sesebuah kolej. Majlis Perwakilan Pelajar hanya dapat menyelesaikan sedikit sahaja masalah pelajar dan sesetengahnya diambil endah tak endah oleh pentadbiran kolej. Sesetengah peraturan dibuat tanpa pandangan para siswa dan dibuat sesuka hati oleh pentadbiran kononnya dengan peraturan itu dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Tetapi dapatkah ia dibuktikan ?.
 

Adakah siswa  kolej lain yang bebas keluar masuk tidak berjaya?

Adakah siswa dengan hanya 'outing' setiap hujung minggu boleh berjaya?

Adakah siswa yang 'outing'nya diselang seli lelaki dan perempuan setiap hujung minggu boleh berjaya?

Bolehkah mereka hidup berdikari selepas graduate?

Bolehkah para siswa cemerlang dari segi rohani, jasmani dan akademik dengan peraturan yang disediakan?

Dimana letaknya hak sebagai manusia khasnya siswa yang inginkan hidup berdikari bagi menempuhi era pekerjaan?

Perlukah berbagai borang dan berbagai kad? Adakah berkesannya kempen kerajaan untuk mewujudkan 'Paperless Office'?

Alangkah baiknya jika perbelanjaan untuk mencetak dan membeli kertas  borang digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah!

Mesrakah hubungan antara pihak pentadbiran dan para siswa?

Adakah wujudnya istilah 'Campus Life'? atau mungkin dikenali sebagai 'Tabika Life'

Bolehkah KPM menerima ISO?

 

Student kolej bukanlah kanak kanak yang perlu diberitahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka dapat berfikir sendiri dan terimalah hakikat bahawa mereka telah dewasa!

Bangunlah siswa sekalian!!!!......

 

"JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKA TAKUT AKAN RISIKO"