-
-
- Menggunakan
tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan
oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di
suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk
menggantikan wuduk.
-
- Fardu Tayamum
- 1. NIAT,
Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di
atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma
liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku
tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
- 2. MUKA,
Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali
tepukan.
- 3. TANGAN,
Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang
bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian
tangan kiri.
- 4. TERTIB,
bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka
kemudian tangan).
-
- "Nawaitut
tayamumma liistibahatis solaah" ertinya
- "Sahaja
aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
-
|
-
|
- SAPUKAN
KE MUKA
|
- SAPUKAN
TANGAN
|
|
-
- Syarat-syarat Tayamum
- 1. Sesudah
masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
- 2. Sesudah
berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau
air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk
minuman sahaja.
- 3. Sebelum
melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis
jika ada.
-
- Sunat-sunat tayamum
- 1. Menghadap
ke arah Kiblat.
- 2. Membaca
"Bismillah hirrahman nirrahim".
- 3. Menipiskan
debu di tangan.
-
- Perkara yang membatalkan
tayamum
- 1. Segala
apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan
batal juga tayamum.
- 2. Terdapat
air setelah hendak melakukan sembahyang.
|
|