- MAKKAH Al-Mukarramah
adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad S.
A. W. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi
tanda kebesaran Allah.
Makkah adalah
kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan
rasul-Nya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan
pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.
Abdullah bin
`Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah
tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai
kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada
kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).
Ibn `Abbas pula
berkata: Rasulullah bersabda: "Betapa tempat yang indahnya
kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku
tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini)untuk
hidup di satu tempat yang lain."
Al-Quran secara
khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang
berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah,
Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah.
Bahkan, Allah
bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan
keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.
Masjidil Haram
dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia,
menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar
bagi umat Islam sepanjang masa.
Setiap umat
Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang-kurangnya lima
kali sehari semalam.
Ia menjadi tempat
untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.
Di pinggir Kota
Makkah, iaitu di Jabal Nur, turunnya wahyu llahi yang pertama
iaitu Surah Al-Alaq.
Di sini juga
menjadi tempat Nabi Muhammad menyendiri dan beribadat kepada
Allah.
Selepas itu
wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad melalui Jibril
hingga ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat
Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.
Di permukaan
kota inilah bermulanya perjuangan menegakkan agama Allah yang
suci. Pejuang dan pemuka Islam yang pertama, bergerak menghadapi
ajaran sesat yang berkembang kukuh di kalangan penduduk Musyrikin
Makkah pada masa itu. Patung dan berhala dipuja dan disembah.
Di kota inilah
Nabi dan sahabat dimusuhi serta disingkir hingga terpaksa meminggirkan
diri daripada masyarakat.
Mereka terkepung
di lereng gunung dekat Syiib Amir. Di sinilah, sahabat Nabi,
pejuang Islam yang pertama, menerima pelbagai seksaan tubuh dan
mental. Namun mereka terus bersabar sehingga Allah memberi kemenangan
gemilang kepada mereka mengalahkan kaum Musyrikin.
Kehebatan dan
keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam
dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan
melalui kajian dan penyelidikan saintifik.
Hal ini dibuktikan
oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang
mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh
penjuru dunia.
Beliau banyak
menerbitkan artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam. Untuk
itu beliau melukis peta dunia yang baru yang dapat menunjukkan
arah Makkah dari kota lain di dunia.
Dengan menggunakan
perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle, Hosien mendapati
kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah bumi.
Penyelidikan
beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah.
Jelasnya, Makkah adalah pusat bumi.
Penyelidikyang
lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka
menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis
peta itu.
Sebelum itu,
Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah,
turut melukis peta yang menentukan arah kiblat.
Peta itu terkandung
dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mciinalik Al Amsar. Beliau
menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat.
Seorang lagi
pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia tahun 958 hijrah)
turut melukis peta dengan menggunakan pendekatan astronomi.
Penyelidik kemudiannya
mengkaji kedua-dua peta itu dan membandingkannya dengan kaedah
astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh
Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat.
Selepas dibandingkan
dengan kaedah moden, kedua-dua peta itu membuktikan Makkah dan
Kaabah adalah `pusat bumi'.
Hasil kajian
ini diakui benar dan diisytiharkan oleh The Egyptian Scholars
of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kaherah.
- BH - 21 December 2004
/ 9 Zulkaedah 1425
|